Archive

Archive for the ‘Video’ Category

Selingan Video : The Arrivals (Malay Subtitle)

February 19, 2011 Leave a comment

Assalamualaikum.

The Arrivals adalah satu siri dokumentari yang mengkaji secara mendalam tentang tanda besar kiamat, iaitu ketibaan Dajjal, Al-Mahdi dan Nabi Isa a.s. Penuh dengan maklumat-maklumat terkini dan penting untuk di ketengahkan kepada masyarakat umum dalam membuka minda umat. Ianya berdasarkan hasil karya Sheikh Imran N. Hosein (Jerusalem in the Quran, Gog and Magog in the Modern World) dan beberapa pemikir dan pendakwah lain seperti Sheikh Hamza Yusif, David Icke, William Cooper dan Tex Marrs.

Mungkin anda belum menonton 51 siri video yang memuatkan maklumat-maklumat penting mengenai bagaimana KUNCU-KUNCU DAJJAL telah merancang menghancurkan tatasusila manusia di bumi serta menjajah dan merosakkan minda manusia di zaman ini. Berikut dikongsikan video-video tersebut kepada anda yang belum menontonnya. Klik pada tajuk untuk membuka/menutup paparan. Selamat menonton! 🙂

(00) Intro

(01) Bukti Dari Quran

(02) Penguasaan Minda

(03) Penguasaan Minda Kanak-Kanak

(04) Asas-Asas Dajjal Al Masih

(05) Senibina dan Tenaga

(06) Peperangan Tenaga Manusia

(07) Firaun-firaun Hari Ini

(08) Bukti-bukti mengejutkan tentang Firaun

(09) Siapa Abdullah Hashem

(10) Pemerintahan Dunia Baru

(11) Sihir Muzik

Video ini telah di ‘block’ oleh youtube! Sila download di sini

(12) Cerahkan Kegelapan

Embedding disabled by request. Sila lihat di sini

(13) Gadis Berbaju Merah

(14) Penipuan Hollywood

(15) Hollywood dan Tanah yang Dijanjikan

(16) Media dan Islam

(17) Perang Atas Nama Keganasan

(18) Dua Muka Demokrasi

(19) Fenomena UFO 1

(20) Fenomena UFO 2

(21) Apa yang Akan Datang

(22) Budaya Kesyaitanan Kita

(23) Kebendaan dan Peperangan Dalaman

(24) Kebebasan Dicabut

(25) Dajjal Sudah Tiba 1

(26) Dajjal Sudah Tiba 2

(27) Mengapa Kesyaitanan Diamalkan Para Pemerintah Kita 1

(28) Mengapa Kesyaitanan Diamalkan Para Pemerintah Kita 2

(29) Perkara Sebenar Tentang Tuhan-Tuhan Itu

(30) Lantai Hitam Putih dan Tuhan-Tuhan Itu

(31) Penipuan Terbesar

(32) Kebenaran yang Paling Bermakna

(33) Pilihan Terletak Pada Kamu

(34) Pencerobohan Agama

(35) Istana Nabi Sulaiman

(36) Kisah Nabi Isa

(37) Tuhan Matahari

(38) Kisah Islam

(39) Para Imam dan Khalifah

(40) Persamaan yang Dikongsi Bersama

(41) Dua Keturunan

(42) Penjaga Gerbang

Embedding disabled by request. Sila lihat di sini

(43) Perlambangan 9/11

(44) Kepentingan Ka’bah

(45) Ka’bah dan Upacara 9/11

(46) Insan yang Lengkap

(47) Insan yang Bebas

(48) Ketibaan Imam Mahdi

(49) Ketibaan Dajjal

Embedding disabled by request. Sila lihat di sini

(50) Ketibaan Nabi Isa

(51) Penutup

Untuk download video-video di atas sila klik di sini
Tonton juga video-video menarik lain di sini.


http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=http%3A%2F%2Fal-ehsaniah.blogspot.com&layout=standard&show_faces=false&width=450&action=like&colorscheme=light&height=35


Categories: Video

Jom Tonton! Kisah Rasulullah SAW – Video

February 14, 2011 Leave a comment

Assalamualaikum.
Ini adalah paparan video. Sila klik pada tajuk untuk membuka dan menutup paparan. Selamat menonton! 🙂

Episod 1

Episod 2

Episod 3

Episod 4

Episod 5

Episod 6

Pesanan Terakhir Nabi Muhammad SAW


http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=http%3A%2F%2Fal-ehsaniah.blogspot.com&layout=standard&show_faces=false&width=450&action=like&colorscheme=light&height=35


Selingan : Qasidah Burdah

February 11, 2011 Leave a comment




Fadhilat BURDAH
(Petikan ceramah Maulid oleh Habib Salim asy-Syathiri, Pengetua Institut Pengajian Islam Ribath di Tarim, Hadramaut, Yaman)

Burdah ertinya “selendang” dan juga dikenal sebagai Bur’ah[1] yang bererti shifa’ (kesembuhan). Ia merupakan syair yang memuji Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam dan luahan kecintaan yang mendalam terhadap Baginda yang dikarang oleh Imam al-Busyiri[2] rahimahullah.

Imam Al-Busyiri adalah seorang penyair yang suka memuji raja-raja untuk mendapatkan wang. Kemudian beliau terkena sakit faalij (setengah lumpuh) yang tak kunjung sembuh setelah berubat dengan pelbagai cara. Tak lama kemudian beliau mimpi bertemu Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam yang memerintahkannya untuk menyusun syair yang memuji Baginda. Maka beliau mengarang Burdah dalam 10 pasal pada tahun 6-7 H. Seusai menyusun Burdah, beliau kembali mimpi bertemu Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam yang menyelimutinya dengan Burdah (kain selendang). Ketika bangun, sembuhlah beliau dari sakit lumpuh yang dideritanya.

Qasidah Burdah ini tersebar ke seluruh penjuru bumi dari timur ke barat. Bahkan disyarahkan oleh sekitar 20 ulama, diantaranya yang terkenal adalah Imam Syaburkhiti dan Imam Baijuri.


Habib Husein bin Mohammad Al-Habsyi (saudara Habib Ali Al-Habsyi Sohibul Maulid Simtud Duror) biasa memimpin Dalail Khairat di Mekah. Kemudian beliau mimpi bertemu RasulullahsallaLlahu ‘alaihi wassalam yang memerintahkannya untuk membaca Burdah di majlis tersebut. Dalam mimpi tersebut, Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam berkata bahawa membaca Burdah sekali lebih afdhal daripada membaca Dalail Khairat 70 kali.

Ketika Hadramaut (di Yaman) tertimpa malapetaka hingga banyak binatang buas berkeliaran di jalan, Habib Abdulrahman Al-Masyhur memerintahkan setiap rumah untuk membaca Burdah. Alhamdulillah, rumah-rumah mereka aman dari gangguan binatang buas. 

Beberapa Syu’araa (penyair) di zaman itu sempat mengkritik bahawa tidaklah patut pujian kepada Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam dalam bait-bait Burdah tersebut diakhiri dengankasroh/khofadz (baris di bawah). Memadailah Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam agung dan tinggi (rofa’). Kemudian Imam Busyiri menyusun qasidah yang bernama Humaziyyah yang bait-baitnya berakhir dengan dhommah (marfu’ – baris di depan)[3].

Imam Busyiri juga menyusun Qasidah Mudhooriyah. Pada qasidah tersebut terdapat bait yang ertinya, “Aku berselawat kepada Rasulullah sebanyak jumlah haiwan dan tumbuhan yang diciptakan Allah.” Kemudian dalam mimpinya, beliau melihat Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam berkata bahawa sesungguhnya malaikat tak mampu menulis pahala selawat yang dibaca tersebut.

Habib Salim juga bercerita tentang seseorang yang telah berjanji kepada dirinya untuk menyusun syair hanya untuk memuji Allah dan Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam. Suatu ketika ia tidak mempunyai wang dan terpaksa menyusun syair untuk memuji raja-raja agar mendapat wang. Ia pun mimpi Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam bersabda, “Bukankah engkau telah berjanji hanya memuji Allah dan Rasul-Nya?! Aku akan memotong tanganmu.”

Kemudian datanglah Sayidina Abubakar r.a. meminta syafaat untuknya dan dikabulkan oleh Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam. Ketika ia terbangun dari tidurnya, ia pun langsung bertaubat. Kemudian ia melihat di tangannya terdapat tanda bekas potongan dan keluar cahaya dari situ.

Habib Salim mengatakan bahawa Burdah ini sangat mujarab untuk mengabulkan hajat-hajat kita dengan izin Allah. Namun terdapat syarat-syarat yang harus dipenuhi. Yaitu mempunyai sanad sampai kepada Imam Busyiri, mengulangi bait “maula ya solli wa sallim”, berwudhu’, menghadap kiblat, memahami makna bait-bait, dibaca dengan himmah (penghayatan) yang mendalam, beradab dan memakai wangian.

Khusus tentang memakai wangian ini, Habib Salim mengatakan, “Tidak seperti orang sekarang, membaca Burdah namun badannya bau rokok. Padahal salaf telah sepakat untuk mengharamkan rokok.”

Di akhir ceramah beliau, Habib Salim menyampaikan bahawa jika seseorang tidak berjalan di thariqah salaf maka dikhawatirkan tiga hal. Pertama, umurnya pendek. Kedua, hidup dalam keadaan bingung/akalnya gila. Ketiga, tak akan dihargai masyarakat.
(Disampaikan di Majlis Burdah Habib Syekh Al-Aydrus Jl. Ketapang Kecil Surabaya).

Tambahan : Burdah adalah amalan yang dikembarkan bersama dalam ijazah kebanyakan tarekah. Ini kerana besarnya manfaat yang diperolehi para pengamalnya kepada rohaniah mereka. Ia sebagai wasilah dalam  membuka  hijab-hijab dan ketajaman pandangan rohaniah para salik yang menuju kepada kasyaf makrifat melalui pintu nur kecintaan pada Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam.
__________
[1] Kitab Hashiah Baijuri ‘ala Syarhi Burdah
[2] Juga diberi gelaran “Sayyidul Muddah” iaitu Penghulu para pemuji Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam. Nama penuh beliau, Muhammad bin Said bin Hamad al-Shonhaji al-Bushiri. Lahir di Bahtim, Mesir pada 608H (1212M). Berasal dari keturunan keturunan Maghribi. Beliau ialah murid kepada Shaikh Abu Hasan ash-Shadhili.Wafat di Iskandariyah Mesir pada 696H (1296M).
[3] Sekadar perbahasan dalam Ilmu Nahu.

Sumber Artikel: Kuliah Ad-Deen

http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=http%3A%2F%2Fal-ehsaniah.blogspot.com&layout=standard&show_faces=false&width=450&action=like&colorscheme=light&height=35

Categories: Fadhail Amal, Video

Selingan Video : Andai Rasulullah Bersama Kita

February 11, 2011 Leave a comment

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
‘Kan pasti mengalir air mataku
Karena pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma sholli ‘alaa Muhammad
Ya Robbi sholli ‘alaihi wassalim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada ummat
Umati umati
Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafa’atkan kami

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kurniakanlah syafa’atmu

Categories: Video

Selingan Video : Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?

January 31, 2011 Leave a comment

Video ini dipecahkan kepada beberapa bahagian, antara point-point yang dapat kita highlight adalah seperti berikut: punca kejatuhan Empayar Uthmaniyah, kesan ketiadaan khilafah ke atas keseluruhan umat Islam dan saranan buat keseluruhan umat Islam.

http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=http%3A%2F%2Fal-ehsaniah.blogspot.com&layout=standard&show_faces=false&width=450&action=like&colorscheme=light&height=35


Categories: Akhir Zaman, Sejarah, Video

Nabi Muhammad Dalam Kitab Hindu?

January 15, 2011 Leave a comment

Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar bererti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat didalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.aw.

Di India adalah merupakan faktor benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan menjadi suatu bahan bualan dan gosip seluruh negara. Jikalah sekiranya pengarang buku ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan ditangkap dan atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik balik dari berada dipasaran. Hingga ketahap dimana ianya akan tidak dibenarkan untuk diulang cetak. Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap insan muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah dimana mana.

Yang menakjubkan bahawa pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu. Nama beliau ialah Mr. Pandit Vedaprakash Upadhal, manamakan tajuk bukunya sebagai “Kalki Avatar. Pengarang adalah penyandang sami berugama hindu Brahmin berasal dari Bengal. Penyelidik sekular.

Menurut kepercayaan penganut hindu, ada digariskan gambaran dan panduan tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar , ia sangat bertepatan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut hindu diseluruh dunia tidaklah perlu menunggu lagi akan kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang dimaksudkan.

Sewajarnya mereka segera menerima kenabian nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah sebagai pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci hindu mereka itu. Fakta fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan hindu yang lain yang mengatakan penganut hindu selama ini menghanyutkan diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.

Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh seperti di bawah yang digali dari kitab Vedas serta buku buku suci ugama hindu yang lain bagi membuktikan kebenaran hujah beliau:

1. Di dalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam ini. Alqur’an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.

2. Menuruk ramalan ugama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan mengikut ugama hindu ianya di kawasan bumi Arab.

3. Didalam buku hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat, VISHNUBHAGAT = Vishnu beerti tuhan + Bhagat beerti hamba, diterjemah dalam bahasa arab, tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI beerti aman atau tenang yang didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi Muhammad s.a.w).

1. Dalam buku buku ugama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki Avatar ialah buah korma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Korma dan zaitun. Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.

2. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku ditengah tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan dimana Nabi Muhammad dilahir dari golongan Quraish yang terkenal sangat dihormati oleh masyarakat ketika itu.

3. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jabrail untuk mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama Gua Al Hira.

4. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit hingga kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.aw dalam peristiwa Isyra’ dari masjidi haram diMekah ke masjidil al aqsa diPelestin Dan Mi’raj nabi kelangit ke 7 dengan menunggang seekor Burak dalam satu malam.

5. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan pertolongan yang luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan Uhud dan yang lain lain.

6. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kelendar Islam).

7. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut ugama hindu berfikir bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapakan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu.

Dalam alqur’an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang dinantikan oleh penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan Kalki Avatar? sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan kebenarannya.

Saksikan video penjelasan oleh Dr Zakir Naik


http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=http%3A%2F%2Fal-ehsaniah.blogspot.com&layout=standard&show_faces=false&width=450&action=like&colorscheme=light&height=35


Categories: Dakwah, Video

Selingan Video : Dosa 24 Jam di Facebook??

January 15, 2011 Leave a comment
Categories: Adab / Akhlak, Muslimah, Video

Sumber Media Ilmiah Anda!

January 9, 2011 Leave a comment

Assalamualaikum.
Berikut dikongsikan pautan ke laman-laman ilmiah yang menyediakan koleksi video dan audio ceramah,kuliah, bacaan Al-Quran, selawat dan zikir untuk sama² kita manfaatkannya. Semoga ianya menjadi salah satu sumber makanan rohani kita InsyaAllah.

http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=http%3A%2F%2Fal-ehsaniah.blogspot.com&layout=standard&show_faces=false&width=450&action=like&colorscheme=light&height=35

Kisah Malam Pertama

January 3, 2011 Leave a comment

Assalamualaikum,Berikut saya kongsikan video yang bertajuk Malam Pertama Di Alam Kubur dan audio talqin beserta bacaannya. Semoga apa yang dipaparkan memberi pengajaran kepada kita semua. Selamat menonton & beramal!

Malam Pertama Di Alam Kubur (1)

Malam Pertama Di Alam Kubur (2)

Malam Pertama Di Alam Kubur (3)

Malam Pertama Di Alam Kubur (4)

Malam Pertama Di Alam Kubur (5)

Klik player di atas untuk mendengar Talqin ini.

Setiap yang bernyawa pasti merasai matiDan bahawasanya kamu akan disempurnakan pahalamu di Hari KiamatLalu siapa saja yang dijauhkan dari nerakaDan dimasukkan dalam syurgaItulah dia orang yang beruntung

Tidak ada kehidupan dunia kecuali kesenangan yang menipuWahai hamba AllahIngatlah janji yang kamu keluar atasnya dari dunia hingga akhiratIaitu persaksian tiada Tuhan yang lain kecuali Allahdan Muhammad SAW Rasul-Nya

Dan bahawasanya mati adalah benarAlam kubur adalah benarKenikmatan dan seksa di dalamnya adalah benarPertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir adalah benarKebangkitan dari-Nya adalah benarPerhitungan yakni hisab adalah benarSyafaat Nabi Muhammad SAW adalah benarSyurga dan Neraka adalah benarPertemuan dengan Allah bagi ahlinya adalah benar

Bahawasanya Allah membangkitkan orang-orang ahli kuburSekarang kamu berada di Alam BarzakhAlam antara dunia dan akhiratMaka ketika dua Malaikat Munkar dan Nakir yang ditugaskan oleh Allah mengunjungi kamuJanganlah kamu menjadi terkejut ataupun gentarKerana keduanya adalah makhluk biasa seperti kamu dari sekian banyak makhluk-makhluk AllahKetika mereka berdua bertanya kepadamuSiapakah Tuhanmu?Siapakah Nabimu?Apakah agamamu?Apa kiblatmu?

Dan apa pula pemimpinmu?Dan siapakah saudaramu?Maka jawablah dengan tegas dan jelas serta meyakinkanAllah adalah TuhankuMuhammad adalah NabikuIslam adalah agamakuKa’bah adalah kiblatkuKitab Al-Quran adalah pemimpinkuDan kaum Muslimin dan Muslimat,mukminin dan mukminatAdalah saudara-saudarakuSerta dihidupkan kembali

InsyaAllahKamu termasuk orang-orang yang aman selamatDan semoga Allah mengukuhkan kamu dalam ucapan yang tetapAsyhadualla Ilaha IllallahWa Asyhaduanna Muhammadarrasulullahلا إله إلا الله محمد رسول الله

Allah mengukuhkan orang-orang yang beriman dengan ucapan yang kukuhAsyhadualla Ilaha IllallahWa Asyhaduanna MuhammadarrasulullahDi duniaDan di akhirat

Wahai jiwa yang tenangPulanglah ke hadrat Tuhanmu dengan gembira dan diredhaiMasuklah dalam jamaah hamba-hambaKuDan masuk pula dalam syurgaKu.

http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=http%3A%2F%2Fal-ehsaniah.blogspot.com&layout=standard&show_faces=false&width=450&action=like&colorscheme=light&height=35

Categories: Tazkirah, Video

Video : Muhammad – Legacy of A Prophet

January 2, 2011 Leave a comment
Categories: Video