Archive

Archive for the ‘Program / Aktiviti’ Category

Jadual Kuliah (April 2011)

March 31, 2011 Leave a comment

Muslimin & Muslimat dijemput hadir bersama-sama mengimarahkan masjid dengan bersolat jemaah & menghadiri majlis ilmu. Mudah-mudahan kita semua beroleh rahmat dan hidayah daripada Allah SWT insyaAllah.

JADUAL PENGIMARAHAN MASJID
HARI
WAKTU
KATEGORI
PENCERAMAH / PERKARA
CATATAN
ISNIN
Lepas Solat Maghrib
Tasauf
Ust. Hj. Omar b. Hj. Saad
4 Apr shj
SELASA
Lepas Solat Maghrib
Sirah
Ust. Fadhil Bin Hj. Ayub
12 & 26 Apr shj
Lepas Solat Maghrib
Hadis
Ust. Rizal Bin Hj. Mokhter
19 Apr shj
RABU
3.00 petang
Pengajian Muslimat
KHAMIS
Lepas Solat Maghrib
Majlis Bacaan Yasin & Tahlil
JUMAAT
3.00 petang
Al-Quran
Pengajian Al-Quran, Muslimat
Lepas Solat Maghrib
Fiqh
Ust. Hj. Mohd Khirati b. Hj. Mohd Salleh
SABTU
Lepas Solat Subuh
Fiqh
Ust. Hj. Jais Bin Hj. Kamus
Lepas Solat Maghrib
Tauhid
Ust. Hj. Jihadi b. Hj. Ahmad
2 & 16 Apr shj
AHAD
Lepas Solat Subuh
Tauhid
Ust. Hj. Jihadi b. Hj. Ahmad
10 & 24 Apr shj
Lepas Solat Maghrib
Tafsir
Ust. Mohd Joraimee b. Hj. Awang Raimee
10 & 24 Apr shj
Categories: Program / Aktiviti

Ceramah Palestin: Kemenangan Yang Semakin Hampir

March 26, 2011 Leave a comment

Assalamualaikum,

Fahami isu sebenar rakyat Palestin MENGAPA IANYA PENTING kpd kita/umat Islam seluruhnya. Sehubungan itu muslimin & mulimat di jemput hadir pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 26 Mac 2011 / 21 Rabiulakhir 1432H (Sabtu)

Masa : Selepas Maghrib

Tempat : Masjid Al-Ehsaniah, Kg. Melayu Batu 16, Rawang.

Penceramah : Dr Hafizi Mohd Nor, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Sharif

Ceramah akan disampaikan dengan maklumat/audio visual yang terkini. Tabung derma juga akan diedarkan.


http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=http%3A%2F%2Fal-ehsaniah.blogspot.com&layout=standard&show_faces=false&width=450&action=like&colorscheme=light&height=35


Categories: Program / Aktiviti

Program Sempena Sambutan Awal Muharram 1432H

December 3, 2010 Leave a comment

Assalamualaikum.
Muslimin & muslimat dijemput hadir ke program sempena sambutan Awal Muharram 1432H yang akan diadakan pada 6 Disember 2010/ 29 Zulhijjah 1431H (Isnin). Program akan bermula pada jam 6.30 petang seperti berikut :

Sekian, harap maklum.

Categories: Program / Aktiviti

Program Ibadah Aqiqah Sepanjang Tahun

November 18, 2010 Leave a comment

Pengertian Aqiqah

Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.

Hukum Melakukan Aqiqah

Hukum melakukan aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

Waktu Pelaksanaan Aqiqah

Waktu melakukan aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.

Sabda Rasullullah SAW:

كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى

Maksudnya:

“Setiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama.” (Riwayat Abu Daud)

Hikmah Aqiqah

Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:

  • Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
  • Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
  • Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
  • Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.

Pembaca yang dihormati dan dikasihi sekalian,

Masjid Al-Ehsaniah Kampung Melayu Batu 16, Rawang telah melancarkan Program Ibadah Aqiqah Sepanjang Tahun secara rasminya pada 17 November 2010 yang lepas. Kepada Datuk/Nenek dan Ayah/Bonda yang akan mendapat cucu/anak, bolehlah membuat persediaan awal untuk Ibadah Aqiqah dengan menyertai program ini.

Bayaran RM380 untuk satu bahagian. Apabila cukup 7 bahagian, penyembelihan akan dilaksanakan di Ladang HS Nada Ternak Sdn Bhd, Kuang. Lembu dibeli dari ladang tersebut. Penyembelihan, melapah, pembahagian daging, tulang dan organ dalaman dibahagi sama rata kepada 7 bahagian oleh pihak Ladang dan diserahkan kepada keluarga peserta untuk dimasak sendiri.

Untuk mendaftar program ini sila isi borang di bawah:

http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=http%3A%2F%2Fal-ehsaniah.blogspot.com&layout=standard&show_faces=false&width=450&action=like&colorscheme=light&height=35

Majlis Qurban Anjuran Masjid Al-Ehsaniah

November 17, 2010 Leave a comment
Allahu Akbar 3X…Syukur alhamdulillah telah selesai majlis qurban di padang Kg. Melayu Bt. 16 sebentar tadi. Dengan izin Allah segalanya berjalan dengan lancar. Mudah²an aktiviti gotong royong itu tadi, ukhwah sesama kita muslim terjalin lebih erat lagi sekaligus menjadi sebahagian petunjuk turunnya rahmat Allah SWT kepada kita. 
Dikesempatan ini pihak admin ingin berkongsi gambar² yang telah diambil sepanjang majlis tersebut berlangsung. Sila ke laman facebook masjid al-ehsaniah untuk melihat gambar² tersebut.

Facebook masjid : www.facebook.com/alehsaniah

Categories: Program / Aktiviti