Kuiz Sempena Maal Hijrah
Assalamualaikum.
Soalan kuiz ini berkisar tentang “Hijrah” bersempena dengan sambutan Maal Hijrah pada 7 Dis 2010 yang akan datang. Semoga kuiz ini bermanfaat untuk anda! InsyaAllah..
Cara-cara:
1-Klik “Start” untuk mula menjawab kuiz
2-Klik “Next” untuk soalan seterusnya sehingga selesai.
3-Setelah tamat menjawab, sila daftar untuk melihat “ranking” anda.
Selamat menjawab! 🙂
http://www.mystudiyo.com/act129073/mini/go/kuiz_masjid_al-ehsaniah
Panduan Menghafal Al-Quran
1. Membersihkan diri dari segala hadas.
2. Memakai wangi-wangian.
3. Bersugi atau memberus gigi.
4. Berwudhuk.
5. Memilih mushaf yang biasa digunakan seharian.
- Pastikan tulisan mudah dibaca.
- Sebaiknya menggunakan mushaf rasm uthmani.
7. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafaz Al Quran. Waktu yang dicadangkan:
- Selepas subuh.
- Selepas maghrib.
9. Perbetulkan niat untuk menghafal Al Quran.
1. Tentukan had bilangan ayat atau mukasurat yang hendak dihafal.
2. Bacalah ayat yang hendak dihafal. Pastikan bacaan tersebut betul dari segi tajwid dan sebutan.
3. Ulang bacaan dengan disemak bacaan tersebut supaya tidak ada kesilapan setiap kali ianya diulang.
- Bilangan ulangan ayat yang dicadangkan adalah sebanyak 60 / 30 / 10 /dan lain-lain bersandarkan kepada kemampuan ingatan seseorang.
- Semakin banyak ayat diulang semakin mudah ianya dihafal dan kekal lebih lama dalam ingatan.
5. Kemudian berpindahlah ke ayat yang kedua. Ulang langkah yang sebelumnya sehingga selesai hafalan ayat yang ketiga.
6. Ulang hafalan ayat satu kemudian diiukuti ayat yang kedua.
7. Selepas anda yakin ayat satu dan dua telah dihafal dengan hafalan yang sempurna mulakan hafalan dengan diulang langkah yang digunakan pada ayat yang pertama dan ayat yang kedua. Kemudian susuli dengan urutan ayat satu dua dan tiga dihafal serentak.
8. Ayat yang berikutnya juga dilakukan langkah seperti ayat satu dua dan tiga sehinggalah sampai ke had yang telah ditetapkan ( cth : 1 ms / 1 ‘ain ).
9. Ulanglah keseluruhan hafalan sehinggalah benar-benar yakin hafalan tersebut sempurna.
10. Perdengarkan bacaan kepada guru atau kawan yang dipilih.
11. Apabila ingin memulakan hafalan yang baru, ulang terlebih dahulu hafalan yang lalu, barulah dimulakan hafalan yang baru dengan cara yang sama pada
hafalan yang lalu.
12. Hafallah setiap ayat dan alunkanlah ia dengan penuh tadabbur dan dengan penuh kesungguhan serta niat untuk memahami dan memelihara kalam
Allah.
1. Berdoa agar dikurniakan keberkatan dalam hafalan. Antara doa yang baik untuk dibaca :
اللَّھُمَّ ذَكِّرْناَ مِنْھُماَ نُسِّیْناَ وَعَلِّمْناَ مِنْھُمَا جَھِلْنَا وَارْزُقْناَ تِلاَوَتَھُ أَنَاءَ اللَّیْلِ وَأَطْرَافَ النَّھَارِوَاجْعَلْھُ لَناَ حُجَّةً یَا رَبَّ الْعَالَمِینَ.
dan petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami dilupakan , ajarilah kami apa tidak tahu dan berikanlah kami rezeki membacanya di sebelah malam dan di sebelah siang. Jadikanlah ianya hujjah bagi kami wahai Tuhan sekalian alam”.
2. Pastikan Al Quran sentiasa dibaca dan diulang selalu. Pastikan setiap hari ada jadual mengulang dan jadual hafalan yang baru.
3. Berusaha untuk memperbaiki bacaan , memahami makna, hukum dan hikmah yang terkandung di dalam setiap ayat.
4. Berusaha untuk beramal dengan setiap perintah yang didatangkan dan berusaha menjauhi setiap larangan yang terkandung di dalam Al Quran.
1. Sentiasa di dalam keadaan bersih dan suci.
2. Sentiasa berjaga-jaga daripada termakan makanan atau minuman yang haram, begitu juga yang syubhat.
3. Rajin bangun di waktu malam untuk berqiyamullail, membaca Al Quran dan menunaikan solat malam.
4. Mengelakkan daripada melakukan perkara yang sia-sia sama ada dalam bentuk perbuatan atau percakapan serta menjauhi perkara yang dilarang oleh Allah sama ada dalam bertuk percakapan atau perbuatan.
5. Menjaga tingkahlaku dan percakapan seharian.
6. Rajin berpuasa sunat.
7. Memastikan niat menghafal Al Quran sentiasa kerana Allah bukan kerana habuan dunia dan sebagainya.
8. Menjaga hubungan baik dengan Allah dan manusia.
Selingan Video : Maal Hijrah
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Sebaik-baik Orang Yang Berhijrah Adalah??
Hijrah mengandungi hikmah yang besar sekali peranannya dalam pembangunan ummah. Suatu kumpulan masyarakat tidak akan menjadi baik jika setiap individu yang ada di dalamnya telah rosak kerana kumpulan masyarakat itu bergantung kepada individu itu sendiri.
-
Penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi
- Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
- 10 Muharram – Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
- Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
- Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
- Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
- Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan ‘Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan alam.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Isa diangkat ke langit
16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram
1. Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram
Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali (Apabila sampai bacaan kita pada ayat “Iyyaka na’budu”(Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah) kita berdoa di dalam hati tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak. Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.
2. Puasa sunat pada hari 9 Muharram (Tasua’) dan 10 Muharram (Asyura). Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.
3. Menyapu kepala anak yatim. Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan. Allah akan mengangkat darjat kita.
4. Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.
5. Mandi sunat. Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.
6. Menziarahi rumah orang alim.
7. Menziarahi orang sakit. Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam
8. Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.
9. Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata
10. Menziarahi kaum keluarga
11. Mengerat kuku
12. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali. Allah akan memandang dengan belas kasihan.
13. Sembahyang sunat 4 rakaat – 2 salam (2 rakaat x 2). (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat. Allah akan mengampunkan dosa 50 tahun yang lalu
14. Banyakkan bersedekah. Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.
15. Beri makan/pakaian kepada fakir miskin. Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.
16. Berzikir (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmannasir) sebanyak 70 kali
Hukum Dan Kepentingan Membaca Al-Quran Bertajwid
1. Dalil daripada Ayat al-Quran
Apabila ditanya tentang hukum membaca al-Quran dengan bertajwid sama juga bila persoalan apakah hukum mengetahui dan mempraktikkan ilmu tajwid semasa membaca al-Quran. Hukum mengegetahui dan mempraktikkan ilmu tajwid dalam bacaan al-Quran adalah fardu ‘ain ke atas setiap muslim tidak kira lelaki atau pun perempuan. Apabila seseorang itu membaca al-Quran walaupun sedikit, mestilah dia membacanya dengan bertajwid. Sekalipun semasa bacaan al-Quran itu dikira sebagai sunat (membaca al-Quran yang tidak wajib seperti dalam solat) al-Quran itu wajib dibaca dengan bertjwid sebagaimana ia diturunkan tanpa membuat perubahan. Dan sesiapa yang membacanya tanpa tajwid serta bacaannya boleh mengubah tafsiran al-Quran maka ia adalah berdosa. Golongan yang membaca al-Quran dengan tidak bertajwid dan berubah maknanya termasuklah dalam golongan yang dilaknati al-Quran itu sendiri, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
Ramai orang yang membaca al-Quran, sedangkan al-Quran sendiri melaknatnya.
“Bacalah al-Quran itu dengan tartil (bertajwid)”.
Dalam Surah al-Baqarah ayat 121 antara lain Allah Taala berfirman yang bermaksud:
beriman kepadanya.
mempelajarinya terlebih dahulu. Begitu juga dengan ilmu al-Quran yang pembacaannya diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabatnya secara musyafahah dari mulut ke mulut hingga sampai kepada kita pada hari ini tidak mungkin dapat dikuasai kecuali dengan mempelajarinya terlebih dahulu (Surur Shihabuddin An-Nadawi, 2004).
2. Dalil daripada as-Sunnah
فقالت ما لكم وصلاته كان يصلي ثم ينام قدر ما صلي ثم يصلي قدر ما نام ثم ينام قدر ما صلي حتى يصبح ثم نعتت قراءته فاءذا هي تنعت قراءة مفسرة حرفا حرفا
Zaid bin Thabit telah menyebutkan sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi :-
3. Dalil daripada Ijmak Ulama
Menurut Mazhab Imam As-Syafie, bahawa memelihara pembacaan kitab Allah Taala iaitu membaca secara bertajwid yang mu’tabar di sisi ahli Qiraat adalah suatu yang wajib, tiada keraguan lagi, sedangkan bacaan selain itu adalah berdosa dan karut (Abdullah al-Qari bin Haji Solleh, 1994).
Imam Ibnu Jazari pula menyatakan dalam kitab puisinya (Muqaddimah) telah berkata:-
من لم يجود القرءان ءاثم
لأنه به الاله أنزلا
وهكذا منه الينا وصلا
وهو أيضا حلية التلاوة
وزينة الأداء والقراءة
Kerana berdosa tidak mengelokkan bacaan
Tajwid juga perhiasan bacaan
Dan hiasan sebutan dan bacaan
KEPENTINGAN TAJWID DALAM BACAAN AL-QURAN
1. Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam menbaca al-Quran.
i. Kesalahan Nyata (لحن الجلي )
Hukum melakukan kesalahan nyata ini adalah haram secara Ijmak Ulama tidak kira kesalahan itu dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja atau tidak diendahkan.
ii. Kesalahan Tersembunyi (لحن خفي )
2. Meningkatkan Minat Membacaal-Quran
Bagi mereka yang menyukai al-Quran sama ada minat untuk membacanya atau minat dalam mencapai kefahaman ayat-ayatnya mendapat perumpamaan seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. :-
Dari makna hadith di atas jelas kepada kita bahawa mempelajari al-Quran sama ada membacanya hinggalah memahami makna yang terkandung di dalamnya merupakan suatu perbuatan yang paling utama dibandingkan dengan lain-lain perbuatan.
3. Mencapai keyakinan dalam pembacaan al-Quran yang betul.
Bagi golongan yang tidak tahu tentang hokum tajwid mereka akan gelisah dan tidak tenang dalam bacaannya kerana tidak yakin betul atau salah ayat yang di bacanya dari segi hukum tajwid.
4. Mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat
Dalam hadith riwayat Uthman bin Affan r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:-
ومن قرأ بغير اعراب كان له بكل حرف عشر حسنا ت
Wajibat 38
TAJUK-TAJUK WAJIBAT 38
1. Bacalah Al-Quran setiap hari dan baikilah cara bacaan kita.
2. Banyakkan membaca buku-buku Seerah, Hadis, Aqidah, Feqah dan lain-lain.
3. Jagalah kesihatan.
4. Jauhi minuman dan merokok yang boleh menjejas kesihatan.
5. Sentiasa berada dalam kebersihan.
6. Jangan bercakap bohong.
7. Jangan memunkiri janji.
8. Jadilah seorang yang berani.
9. Jaga hemah diri untuk orang boleh menghormati.
10. Hiasi diri dengan sifat malu, tawadhuk, sensitif terhadap baik dan buruk.
11. Jadilah seorang yang adil dalam semua keadaan.
12. Aktifkan diri dalam kerja-kerja khidmat masyarakat.
13. Milikilah sifat-sifat yang dengannya kita disenangi orang ramai.
14. Mahir dan banyakkan membaca dan menulis.
15. Berniaga sendiri adalah sifat yang mulia bagi pendakwah.
16. Bekerja sendiri lebih baik untuk Dakwah dari makan gaji kerajaan.
17. Setiap kita mesti cemerlang dalam apa bidang atau pekerjaan yang diceburi.
18. Bersegera menunaikan hak-hak diri dan orang lain tanpa berlengah-lengah.
19. Jauhi judi dan segala aktiviti pendapatan wang yang haram.
20. Jauhi riba.
21. Bantu tingkatkan ekonomi umat Islam.
22. Peruntukkan sebahagian wang kita untuk Dakwah dan orang yang memerlukan.
23. Buat tabungan wang untuk kecemasan dan jauhi bermewah dalam berbelanja.
24. Praktikkan budaya Islam menggantikan budaya Barat yang dipakai orang ramai.
25. Jauhkan diri dari kelab dan ideologi yang jauh dari Islam.
26. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunat dan nawafil.
27. Sentiasa dalam keadaan bersuci.
28. Solat dengan sempurna, secara berjemaah di surau atau masjid.
29. Tunaikan puasa Ramadan dan Haji tanpa lengah jika telah mampu.
30. Sentiasa rindu Jihad, mati syahid dan membuat persiapan untuknya.
31. Selalu bertaubat dan istighfar. Jauhi dosa dan muhasabah diri setiap hari.
32. Berjihad melawan nafsu sehingga kita dapat memimpinnya.
33. Jauhi arak dan apa yang memabukkan.
34. Jauhi orang yang jahat dan rosak serta sarang-sarang maksiat dan dosa.
35. Tinggalkan sikap berpoya-poya dan bermewah-mewah.
36. Saling berkenalan dan bantu membantu dengan pendokong-pendokong Islam.
37. Jauhi badan atau kumpulan yang sia-sia.
38. Sentiasa berfikir dan berusaha menjayakan Dakwah Islam dalam masyarakat.
Sumber Artikel : http://inijalanku.wordpress.com
Peranan Seorang Teman
Sumber Artikel : http://ummatanwasatan.net
Indahnya Husnuzzon
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
(Al-Hujuraat : 6)
Manfaat Berbaik Sangka
Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzzon kepada orang lain.
1. Hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu.
2. Terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas.
3. Selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya. Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak.
Ruginya Berburuk Sangka
Manakala kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.
1. Mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya,
Allah berfirman yang ertinya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
(Al-Hujuraat : 12)
2. Dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan oleh Rasulullah : “Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta”
HR. Muttafaqun alaihi
3. Menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dan lain-lain.
Rasulullah bersabda : “Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta.
HR. Bukhari
Larangan Berburuk Sangka
Kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktivis dakwah. Disamping itu, bila ada benih- benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah berburuk sangka.
Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan. Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzhzhan (berbaik sangka).
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.
“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah “
Ketenangan Hati
Ketenangan hati adalah satu perkara yang sangat penting. Tidak mungkin ada seorang manusia walau apapun latarbelakang agama, budaya dan pemikiran yang tidak bersetuju bahawa ketenangan hati dan ketenteraman jiwa ialah satu perkara paling penting bagi seseorang manusia. Mungkin mereka berbeza dari segi cara untuk mencapai ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan keheningan rohani, tetapi mereka tetap bersetuju bahawa perkara ini adalah satu perkara yang maha kritikal bagi setiap insan.
Atas Nama Cinta
PROLOG
Hidupku kini amat bahagia, aku amat bersyukur ke hadrat Allah yang memberikan kebahagiaan yang tiada taranya ini, hidup dikelilingi kasih sayang, cinta, kesenangan yang berkekalan….
Ditambah dengan kehadiranmu, aku tahu, kau amat menyintai diriku, dan saban hari pasti aku akan mendengar kata-katamu ini yang tak pernah jemu kau ucapkan:
*Demi ALLAH, tidak ada sesuatu yang lebih indah dari awak disini…
“Demi ALLAH tidak ada sesuatu yang lebih aku cintai disini selain daripada awak….”
KISAHNYA
Aku masih ingat detik pertama pertemuanku dengannya..
ketika itu aku sedang berjalan di sebuah dataran pesisiran pantai yang amat indah dan tak pernah kujejaki sebelum ini. Aku sendiri bagai lupa jalan pulang. Aku meneruskan langkah dengan harapan bertemu sesiapa yang boleh menunjukkan arah supaya aku dapat pulang ke destinasi asalku.
Tiba-tiba aku terlihat kelibat seorang wanita dari kejauhan. Aku mempercepatkan langkah menuju kearah wanita itu. Dan aku semakin hampir padanya.
Semakin aku mendekatinya, aroma yang amat harum dan mengasyikkan menerpa hidungku. Wanita itu berdiri merenung ke arah laut dan tidak memperdulikan kedatanganku. Selindang putih mentupi bahagian kepalanya berbuai-buai ditiup angin pantai.
” cik..boleh saya tumpang bertanya…”
Dia pun menoleh ke arahku…
MasyaAllah!…alangkah jelitanya wanita ini..tidak pernah kulihat kecantikan yang sebegini rupa! Aku terlopong dan terleka seketika melihat kecantikan wajahnya.Hatiku menjadi terus terpaut padanya. Aku jadi lupa untuk bertanya arah, kerana hanya yang terkeluar dari mulutku adalah:
“siapakah awak ni cik? sudikah menjadi isteri saya?”
Dia terus menjawab dengan selamba:
“Saya Ainul Mardhiah, kalau inginkan saya, masuklah meminang..”
Dengan pantas aku bertanya kembali:
” Betul ke ni?..bagaimana caranya?
Dia menjawab : “Pinanglah aku daripada TUHANku dan berilah mas kahwinnya.”
Aku menjadi keliru seketika, dan bertanya lagi: berapa harga maskahwin tu?
” Solat Tahajjud yang istiqamah...akulah bidadari syurga”
seketika itu juga aku terjaga dari tidurku…..
Demikian kisah yang diceritakan oleh bapa Thabit al-Bunani, seorang ulama tabiin di Basrah, dalam kitab al-Tazkirah oleh Imam al-Qurtubi.
EPILOG
Apabila kita renungkan berbagai-bagai nas yang menceritakan tentang bidadari syurga ini, kita akan dapati bahawa mereka ialah makhluk yang terlalu sempurna untuk dijangkau imaginasi manusia yang terbatas. Kecantikan, kejernihan, kelembutan, dan kewangian tubuh mereka mengatasi wanita mana pun di muka bumi ini.
ALLAH menyebut mereka dengan panggilan hurul ain, iaitu wanita yang berkulit putih dan bermata lebar dengan bola mata yang sangat hitam bak mata rusa yang sangat cantik. Begitu indah dan jernihnya tubuh mereka, sehingga seakan-akan mereka itu ialah permata yakut dan marjan. (Ar-Rahman : 58)
Dalam hadith al-Bukhari daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,
“Andai seorang wanita syurga menampilkan diri kepada penduduk dunia, nescaya teranglah apa yang ada di antara timur dan barat, penuhlah apa yang ada di antara kedua-duanya dengan wangian. Tudung yang menutup kepalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.“
WANITA-WANITA MUKMINAT LEBIH CANTIK DARIPADA BIDADARI SYURGA!
Secantik apa pun bidadari-bidadari ini, namun wanita-wanita mukminat jauh lebih cantik daripada mereka, iaitu orang-orang yang membasuh mukanya setiap hari dengan air wudhuk, melaksanakan solat, dna taat akan suaminya demi mencapai keredhaan ALLAH swt.
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (Al-Waqiah : 35-36)
Menurut beberapa orang ahli tafsir, antara lain Abu al-Hasan al-Mawardi, ayat ini berbicara tentang wanita-wanita mukminat di dunia. ALLAH mengembalikan mereka menjadi gadis-gadis muda meskipun sebelumnya telah menjadi nenek tua yang lemah. Mereka akan dibangkitkan kembali sebagai wanita yang sangat cantik lalu dipersatukan kembali dengan suami-suami mereka di dunia.
Apa yang dikisahkan didalam PROLOG diatas pula adalah sebuah hadis dari Ibn Abbas, ‘uruban ertinya bidadari ini sangat merindui dan mencintai suami-suami mereka. Mereka sering berkata, “Demi ALLAH, tidak ada di dalam syurga ini, sesuatu yang lebih indah daripada engkau. Demi ALLAH tidak ada di dalam syurga ini sesuatu yang lebih aku cintai daripada engkau.” Demikian sebagaimana dinyatakan dalam hadis panjang riwayat Abu Ya’la daripada Abu Hurairah.
Kerana besarnya cinta seorang bidadari kepada suaminya, mereka seringkali mengintip calon suaminya yang masih di dunia lagi. Mereka marah apabila melihat calon suaminya ini disakiti oleh isteri-isteri mereka di dunia.
At-Timirzi meriwayatkan daripada Muaz bin Jabal sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
“Tidaklah seorang isteri menyakiti suaminya di dunia, melainkan isterinya dalam kalangan bidadari berkata, “Jagalah engkau wahai isteri yang tidak menghormati suami! Dia hanya sementara bersamamu. Tidak lama lagi ia akan segera berpindah kepada kami.”
KISAH UMMU DARDA’
Ummu Darda’, nama asalnya ialah Hujaimah al-Himyariah. Beliau ialah isteri Abu Darda’, seorang sahabat rasulullah saw yang hidup di Syam. Ummu Darda’ dan Abu Darda’ adalah pasangan bahagia.
Suatu hari, Ummu Darda’ berdoa di hadapan suaminya, “Ya ALLAH, sesungguhnya Abu Darda’ meminangku di dunia, lalu aku menikahinya. Maka sekarang aku meminangnya kepadaMU untuk menjadi suamiku di syurga.”
Mendengar ucapan ini, Abu al-Darda’ berkata, “Jika engkau ingin menjadi isteriku di syurga, janganlah menikah lagi setelah aku meninggal dunia.”
Ummu al-Darda’ seorang wanita yang cantik dan cerdas. Maka setelah Abu Darda’ wafat, Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan datang untuk meminangnya. Namun, isteri yang setia dengan cinta pertamanya ini menolak pinangan tersebut.
Kisah Ummu al-Darda’ mengingatkan kita bahawa cinta yang terjalin kerana ALLAH dan mengharapkan redha Ilahi tidak akan berakhir dengan kematian. Akan tetapi, akan terus menyala dan hidup kekal di dalam syurga abadi.