Archive

Archive for March, 2011

Jadual Kuliah (April 2011)

March 31, 2011 Leave a comment

Muslimin & Muslimat dijemput hadir bersama-sama mengimarahkan masjid dengan bersolat jemaah & menghadiri majlis ilmu. Mudah-mudahan kita semua beroleh rahmat dan hidayah daripada Allah SWT insyaAllah.

JADUAL PENGIMARAHAN MASJID
HARI
WAKTU
KATEGORI
PENCERAMAH / PERKARA
CATATAN
ISNIN
Lepas Solat Maghrib
Tasauf
Ust. Hj. Omar b. Hj. Saad
4 Apr shj
SELASA
Lepas Solat Maghrib
Sirah
Ust. Fadhil Bin Hj. Ayub
12 & 26 Apr shj
Lepas Solat Maghrib
Hadis
Ust. Rizal Bin Hj. Mokhter
19 Apr shj
RABU
3.00 petang
Pengajian Muslimat
KHAMIS
Lepas Solat Maghrib
Majlis Bacaan Yasin & Tahlil
JUMAAT
3.00 petang
Al-Quran
Pengajian Al-Quran, Muslimat
Lepas Solat Maghrib
Fiqh
Ust. Hj. Mohd Khirati b. Hj. Mohd Salleh
SABTU
Lepas Solat Subuh
Fiqh
Ust. Hj. Jais Bin Hj. Kamus
Lepas Solat Maghrib
Tauhid
Ust. Hj. Jihadi b. Hj. Ahmad
2 & 16 Apr shj
AHAD
Lepas Solat Subuh
Tauhid
Ust. Hj. Jihadi b. Hj. Ahmad
10 & 24 Apr shj
Lepas Solat Maghrib
Tafsir
Ust. Mohd Joraimee b. Hj. Awang Raimee
10 & 24 Apr shj
Categories: Program / Aktiviti

Ceramah Palestin: Kemenangan Yang Semakin Hampir

March 26, 2011 Leave a comment

Assalamualaikum,

Fahami isu sebenar rakyat Palestin MENGAPA IANYA PENTING kpd kita/umat Islam seluruhnya. Sehubungan itu muslimin & mulimat di jemput hadir pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 26 Mac 2011 / 21 Rabiulakhir 1432H (Sabtu)

Masa : Selepas Maghrib

Tempat : Masjid Al-Ehsaniah, Kg. Melayu Batu 16, Rawang.

Penceramah : Dr Hafizi Mohd Nor, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Sharif

Ceramah akan disampaikan dengan maklumat/audio visual yang terkini. Tabung derma juga akan diedarkan.


http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=http%3A%2F%2Fal-ehsaniah.blogspot.com&layout=standard&show_faces=false&width=450&action=like&colorscheme=light&height=35


Categories: Program / Aktiviti

Panduan Mudah Mencari Ayat Dan Kata Dalam Al-Quran

March 25, 2011 Leave a comment

Assalamualaikum. Di sini saya ingin kongsikan ‘Indeks Al-Quran’ iaitu satu perisian yang memudahkan kita untuk mencari ayat dan kata di dalam Al-Quran. Untuk menggunakannya anda perlu muatturun terlebih dahulu perisian tersebut. Semoga bermanfaat.

Nama Perisian : Indeks Quran
Platform : Microsoft Excel
Saiz : 2805 KB / 2.73 MB

Klik gambar di bawah atau sila ke ruangan Muat Turun Fail untuk muatturun ‘Indeks Al-Quran’.


http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=http%3A%2F%2Fal-ehsaniah.blogspot.com&layout=standard&show_faces=false&width=450&action=like&colorscheme=light&height=35


Categories: Al-Quran, Panduan/Tips

Khutbah Jumaat Minggu Ini – "Tuntutan Amar Maaruf Nahi Munkar"

March 24, 2011 Leave a comment

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah bersama kita hayati seruan taqwa yang setiap minggu kita dengari, dengan melaksanakan segala perintah Allah dengan penuh sabar dan meninggalkan segala yang ditegah yang berupa maksiat dan kemungkaran.

Mimbar Jumaat hari ini akan membicarakan tajuk “Tuntutan Amar Makruf Nahi Mungkar“. Satu tanggungjawab yang perlu disedari, difahami dan dilaksanakan oleh setiap individu muslim demi menjamin kesejahteraan diri, masyarakat dan umat sejagat.

Secara ringkasnya boleh kita rumuskan bahawa Makruf bermaksud kebaikan dan ketaatan manakala Mungkar bermaksud kejahatan dan kemaksiatan. Maka ungkapan Amar Makruf dan Nahi Mungkar ini bermaksud “Menyuruh melakukan kebaikan dan Mencegah Kemungkaran.”

Tanggungjawab melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Mungkar ini meliputi tanggungjawab setiap individu muslim mengikut tahap tanggungjawab yang diamanahkan ke atasnya. Hakikat ini dinyatakan berdasarkan sebuah hadits yang masyhur dari Abu Said Al-Khudri bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya, Jika dia tidak mampu hendaklah dia mencegahnya dengan lidahnya, jika dia tidak mampu hendaklah mencegah dengan hatinya. Namun yang demikian ini adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim)

Untuk melaksanakan tugas yang berat ini, hendaklah dijalankan secara berjemaah atau berkelompok dalam masyarakat Islam. Tuntutan Amar Makruf dan Nahi Mungkar ini wajib dilaksanakan .Ini jelas dinyatakan dalam Surah Ali Imran ayat 104:

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian itulah orang yang berjaya”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Realiti kehidupan hari ini menunjukkan bahawa maksiat dan kemungkaran begitu berleluasa di dalam masyarakat kita. Setakat manakah kita mampu menegur kemaksiatan yang berlaku di depan mata? Lazimnya tuntutan melaksanakan Amar makruf dan Nahi Mungkar pula kian dipinggirkan.

Kita lebih bersikap pasif dengan dosa dan kemungkaran seolah-olah sudah selesa mengamalkan cara hidup sendiri-sendiri atau berpegang dengan slogan hidup “Apa nak kisah? Kubur masing-masing!”.

Kita lupa bahawa sikap tidak peduli ini dan kegagalan melaksanakan tuntutan Amar Makruf dan Nahi Mungkar sebenarnya mengundang bencana dalam hidup kita, menjemput kemurkaan Allah yang Maha Keras seksaan-Nya. Marilah kita renungi dan mengambil iktibar akibat dan bencana yang berlaku pada kumpulan umat manusia yang meninggalkan tuntutan ini. Antaranya:-

Pertama : Laknat Allah dan Kemurkaan-Nya.

Insafilah kisah Bani Israel yang dilaknat oleh Allah seperti yang dirakamkan dalam Surah Al-Maidah ayat 78-79;

“Orang-orang kafir dari Bani Israil telah dilaknat melalui lidah (doa) Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu melampaui batas. Mereka antara satu sama lain tidak pernah mencegah tindakan mungkar yang mereka lakukan. Sesungguhnya amatlah buruka apa Yang mereka telah lakukan.”

Begitulah ketentuan Allah yang digambarkan di dalam ayat ini. Jika tiada lagi usaha mencegah kemungkaran dalam sesebuah masyarakat, Allah tidak lagi memandang mereka dengan pandangan rahmat-Nya bahkan melaknati mereka di atas kelalaian dan keingkaran yang mereka kerjakan.

Kedua : Tidak mendapat pengiktirafan sebagai muslim sebenar.

Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

“Bukanlah dari kalangan kami sesiapa yang tidak mengasihi kanak-kanak dan menghormati orang tua dan tidak pula menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.” (Riwayat At-Tirmizi)

Ketiga : Hilang kedamaian hidup dan dikuasai penguasa yang zalim.

Suasana ini sudah kita saksikan di serata dunia dan wajar kita jadikan pengajaran.

Maka wajar kita mengambil peringatan agar sentiasa mempertahan dan mengajak kepada kebenaran walaupun terpaksa menghadapi tentangan daripada masyarakat. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud;

“Berkatalah benar walau dihadapan penguasa yang zalim”.

Keempat : Berlaku malapetaka dan doa tidak lagi diperkenankan.

Hakikat ini pernah disebut dalah sebuah hadis daripada Hudzaifah bin Al-Yaman bahawa Rasulullah S.A.W bersabda;

“Demi jiwaku ditangan-Nya, hendaklah kamu terus menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran atau jika tidak dibimbangi Allah akan mengutuskan satu azab ke atas kamu kerananya. Kemudian jika kamu berdoa kepada-Nya, tidak pula akan diperkenankan doamu itu.” (Riwayat At-Tirmizi)

Dunia hari ini telah membuktikan berlakunya amaran baginda Rasulullah S.A.W ini. Pelbagai malapetaka telah berlaku di sekeliling kita. Apabila tiada lagi usaha mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, kemaksiatan dan dosa akan meliputi seluruh kehidupan manusia. Maka tiada lagi kebaikan, ketaatan yang mengundang rahmat dan keredhaan Allah SWT. Suasana masyarakat Islam sebegini hina dan rendah mertabatnya tentu sahaja layak menjemput kemurkaan Allah yang Maha Perkasa.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita kembali mengamalkan tuntutan Amal Makruf dan Nahi Mungkar yang selama ini telah diabaikan. Sebagai contoh, membiarkan gejala maksiat dan perbuatan sumbang yang berlaku di depan mata kita tanpa memberi teguran dan nasihat. Kewajipan ini jika diabaikan mengundang akibat yang besar. Janganlah kita mengamalkan hidup bagai terkurung dalam sangkar, sekadar melihat kemungkaran dari dalam tanpa bertindak keluar. Ingatlah sikap pasif memandang remeh terhadap dosa perlu kita tukar, berubah kepada peka dan sensitif melihat hak Allah dan agama dicabar. Semoga kita tergolong dari kalangan hamba-Nya yang soleh dan Abrar.

Kesimpulannya, marilah kita semua sama-sama berganding bahu mencegah perbuatan mungkar mengikut kemampuan dan kuasa yang ada. Penglibatan ini juga merangkumi semua golongan seperti JKK, pegawai masjid, pegawai-pegawai, guru-guru dan ibubapa yang bertindak atas nama Islam.

Di samping itu tugas berdakwah hendaklah disuburkan di kalangan umat Islam sebagai tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam.

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman); Kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka, (tetapi) antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang yang fasik”. (Ali-Imran: 110)

KHUTBAH KEDUA
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.

Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Khutbah Jumaat Bacaan 25 Mac 2011
Sumber : JAIS


http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=http%3A%2F%2Fal-ehsaniah.blogspot.com&layout=standard&show_faces=false&width=450&action=like&colorscheme=light&height=35


Categories: Khutbah Jumaat

Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Hisab

March 23, 2011 Leave a comment

Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka adalah:

1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan) – orang yang menanggung kesakitan apabila diperbodohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.

2. Ahli as sabr (ahli kesabaran) – bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.

3. Jiran-jiran Allah – saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah. (hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)

4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik. (hadis riwayat Jabir)

5. Penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa (hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)

6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meninggal dalam masa tersebut. (hadis marfu’ sumber daripada Anas)

7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah” (hadis sumber daripada A’isyah r.a)

8. Orang islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat (hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)

9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya (hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)

10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah (Ibn Mas’ud)

Al-Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis yang bersumber daripada Jabir secara marfu’:

“Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”

**Sumber daripada buku Misteri di Sebalik Tiupan Sangkakala saringan daripada kitab At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi dan Kasyful Ghummah pada menyatakan orang mati & hal hari kiamat oleh Syeikh Daud al-Fatani yang disusun oleh Muhammad Ramzi Omar.


http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=http%3A%2F%2Fal-ehsaniah.blogspot.com&layout=standard&show_faces=false&width=450&action=like&colorscheme=light&height=35


Categories: Fadhail Amal, Tazkirah

Aku Ingin Bertaubat, Tetapi…

March 22, 2011 Leave a comment

“Aku ingin bertaubat hanya saja dosaku terlalu banyak. Aku pernah terjerumus dalam zina. Sampai-sampai aku pun hamil dan sengaja membunuh jiwa dalam kandungan. Aku ingin berubah dan bertaubat. Mungkinkah Allah mengampuni dosa-dosaku?!”

Sebagai nasihat dan semoga tidak membuat kita berputus dari rahmat Allah , cubalah kita lihat sebuah kisah yang pernah disebutkan oleh Nabi SAW berikut ini. Semoga kita dapat mengambil pelajaran-pelajaran berharga di dalamnya.


Kisah Taubat Pembunuh 100 Jiwa

Kisah ini diriwayatkan dari Abu Sa’id Sa’ad bin Malik bin Sinaan Al Khudri R.A. sesungguhnya Nabi SAW bersabda yang bermaksud,

“Dahulu pada masa sebelum kalian ada seseorang yang pernah membunuh 99 jiwa. Lalu ia bertanya tentang keberadaan orang-orang yang paling alim di muka bumi. Namun ia ditunjuki pada seorang rahib. Lantas ia pun mendatanginya dan berkata, ”Jika seseorang telah membunuh 99 jiwa, apakah taubatnya diterima?” Rahib pun menjawabnya, ”Orang seperti itu tidak diterima taubatnya.” Lalu orang tersebut membunuh rahib itu dan genaplah 100 jiwa yang telah ia renggut nyawanya.

Kemudian ia kembali lagi bertanya tentang keberadaan orang yang paling alim di muka bumi. Ia pun ditunjuki kepada seorang ‘alim. Lantas ia bertanya pada ‘alim tersebut, ”Jika seseorang telah membunuh 100 jiwa, apakah taubatnya masih diterima?” Orang alim itu pun menjawab, ”Ya masih diterima. Dan siapakah yang akan menghalangi antara dirinya dengan taubat? Beranjaklah dari tempat ini dan ke tempat yang jauh di sana karena di sana terdapat sekelompok manusia yang menyembah Allah SWT, maka sembahlah Allah bersama mereka. Dan janganlah kamu kembali ke tempatmu(yang dulu) karena tempat tersebut adalah tempat yang amat jelek.”

Laki-laki ini pun pergi (menuju tempat yang ditunjukkan oleh orang alim tersebut). Ketika sampai di tengah perjalanan, maut pun menjemputnya. Akhirnya, terjadilah perselisihan antara malaikat rahmat dan malaikat adzab. Malaikat rahmat berkata, ”Orang ini datang dalam keadaan bertaubat dengan menghadapkan hatinya kepada Allah ”. Namun malaikat adzab berkata, ”Orang ini belum pernah melakukan kebaikan sedikit pun”. Lalu datanglah malaikat lain dalam bentuk manusia, mereka pun sepakat untuk menjadikan malaikat ini sebagai pemutus perselisihan mereka. Malaikat ini berkata, ”Ukurlah jarak kedua tempat tersebut (jarak antara tempat jelek yang dia tinggalkan dengan tempat yang baik yang ia tuju -pen). Jika jaraknya dekat, maka ia yang berhak atas orang ini.” Lalu mereka pun mengukur jarak kedua tempat tersebut dan mereka dapatkan bahwa orang ini lebih dekat dengan tempat yang ia tuju. Akhirnya,ruhnya pun dicabut oleh malaikat rahmat.”

Pengajaran Dari Hadis :

Pertama: Luasnya Ampunan Allah

Hadits ini menunjukkan luasnya ampunan Allah . Hal ini dikuatkan dengan hadits lainnya. Anas bin Malik menceritakan bahwa Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

”Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau menyeru dan mengharap pada-Ku, maka pasti Aku ampuni dosa-dosamu tanpa Aku pedulikan. Wahai anak Adam, seandainya dosamu membumbung tinggi hingga ke langit, tentu akan Aku ampuni, tanpa Aku pedulikan. Wahai anak Adam, seandainya seandainya engkau mendatangi-Ku dengan dosa sepenuh bumi dalam keadaan tidak berbuat syirik sedikit pun pada-Ku, tentu Aku akan mendatangi-Mu dengan ampunan sepenuh bumi pula.”

Kedua: Allah Akan Mengampuni Setiap Dosa Meskipun Dosa Besar Selama Mau Bertaubat

Selain faedah dari hadits ini, kita juga dapat melihat pada firman Allah SWT yang bermaksud,

“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah . Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az Zumar: 53)

Ibnu Katsir mengatakan,

”Ayat yang mulia ini berisi seruan kepada setiap orang yang berbuat maksiat baik kekafiran dan lainnya untuk segera bertaubat kepada Allah . Ayat ini mengabarkan bahwa Allah akan mengampuni seluruh dosa bagi siapa yang ingin bertaubat dari dosa-dosa tersebut, walaupun dosa tersebut amat banyak, bagai buih di lautan. ”

Ayat ini menunjukkan bahwa Allah akan mengampuni setiap dosa walaupun itu dosa kekufuran, kesyirikan, dan dosa besar (seperti zina, membunuh dan minum minuman keras). Sebagaimana Ibnu Katsir mengatakan,

”Berbagai hadits menunjukkan bahwa Allah mengampuni setiap dosa (termasuk pula kesyirikan) jika seseorang bertaubat. Janganlah seseorang berputus asa dari rahmat Allah walaupun begitu banyak dosa yang ia lakukan karena pintu taubat dan rahmat Allah begitu luas.”

Ketiga: Janganlah Membuat Seseorang Putus Asa Dari Rahmat Allah

Ketika menjelaskan surat Az Zumar ayat 53 di atas, Ibnu Abbas mengatakan,

“Barangsiapa yang membuat seorang hamba berputus asa dari taubat setelah turunnya ayat ini, maka ia berarti telah menentang Kitabullah ‘azza wa jalla. Akan tetapi seorang hamba tidak mampu untuk bertaubat sampai Allah memberi taufik padanya untuk bertaubat.”

Keempat: Seseorang Yang Melakukan Dosa Beberapa Kali Dan Ia Bertaubat, Allah Pun Akan Mengampuninya

Sebagaimana disebutkan pula dalam hadits lainnya, dari Abu Huroiroh, Rasulullah SAW bersabda yang diceritakan dari Rabbnya ‘azza wa jalla yang bermaksud,

“Ada seorang hamba yang berbuat dosa lalu dia mengatakan “Ya Allah , ampunilah dosaku”. Lalu Allah berfirman, ‘Hamba-Ku telah berbuat dosa, lalu dia mengetahui bahwa dia memiliki Rabb yang mengampuni dosa dan menghukumi setiap perbuatan dosa’. (Maka Allah mengampuni dosanya), kemudian hamba tersebut mengulangi lagi berbuat dosa, lalu dia mengatakan, “Wahai Rabb, ampunilah dosaku”. Lalu Allah berfirman, ‘Hamba-Ku telah berbuat dosa, lalu dia mengetahui bahwa dia memiliki Rabb yang mengampuni dosa dan menghukumi setiap perbuatan dosa’. (Maka Allah mengampuni dosanya), kemudian hamba tersebut mengulangi lagi berbuat dosa, lalu dia mengatakan, “Wahai Rabb, ampunilah dosaku”. Lalu Allah berfirman, ‘Hamba-Ku telah berbuat dosa, lalu dia mengetahui bahwa dia memiliki Rabb yang mengampuni dosa dan menghukumi setiap perbuatan dosa. Beramallah sesukamu, sungguh engkau telah diampuni.”

An Nawawi dalam Syarh Muslim mengatakan bahwa yang dimaksudkan dengan ‘beramallah sesukamu’ adalah selama engkau berbuat dosa lalu bertaubat, maka Allah akan mengampunimu.

An Nawawi mengatakan,

”Seandainya seseorang berulang kali melakukan dosa hingga 100 kali, 1000 kali atau lebih, lalu ia bertaubat setiap kali berbuat dosa, maka pasti Allah akan menerima taubatnya setiap kali ia bertaubat, dosa-dosanya pun akan gugur. Seandainya ia bertaubat dengan sekali taubat saja setelah ia melakukan semua dosa tadi, taubatnya pun sah.”

Ya Rabb, begitu luas sekali rahmat dan ampunan-Mu terhadap hamba yang hina ini …

Kelima: Diterimanya Taubat Seorang Pembunuh

An Nawawi rahimahullah mengatakan,

”Ini adalah madzhbab para ulama dan mereka pun berijma’ (bersepakat) bahwa taubat seorang yang membunuh dengan sengaja, itu sah. Para ulama tersebut tidak berselisih pendapat kecuali Ibnu ‘Abbas. Adapun beberapa perkataan yang dinukil dari sebagian salaf yang menyatakan taubatnya tidak diterima, itu hanyalah perkataan dalam maksud mewanti-wanti (berulang, Eng: repeatedly, time after time ) besarnya dosa membunuh dengan sengaja. Mereka tidak memaksudkan bahwa taubatnya tidak sah.”

Keenam: Orang Yang Bertaubat Hendaknya Berhijrah Dari Lingkungan Yang Jelek

An Nawawi mengatakan,

”Hadits ini menunjukkan orang yang ingin bertaubat dianjurkan untuk berpindah dari tempat ia melakukan maksiat.”

Ketujuh: Memperkuat Taubat Yaitu Berteman Dengan Orang Yang Sholih

An Nawawi mengatakan,

”Hendaklah orang yang bertaubat mengganti temannya dengan teman-teman yang baik, sholih, berilmu, ahli ibadah, waro’dan orang-orang yang meneladani mereka-mereka tadi. Hendaklah ia mengambil manfaat ketika bersahabat dengan mereka.”

Nabi SAW juga mengajarkan kepada kita agar bersahabat dengan orang yang dapat memberikan kebaikan dan sering menasihati kita yang bermaksud,

“Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang sholih dan orang yang jelek adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak misk dan pandai besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak misk olehnya, engkau bisa membeli darinya atau minimal dapat baunya. Adapun berteman dengan pandai besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, minimal engkau dapat baunya yang tidak enak.”

Ibnu Hajar Al Asqolani mengatakan,

“Hadits ini menunjukkan larangan berteman dengan orang-orang yang dapat merusak agama maupun dunia kita. Dan hadits ini juga menunjukkan dorongan agar bergaul dengan orang-orang yang dapat memberikan manfaat dalam agama dan dunia.”

Kelapan: Keutamaan Ilmu Dan Orang Yang Berilmu

Dalam hadits ini dapat kita ambil pelajaran pula bahwa orang yang berilmu memiliki keutamaan yang luar biasa dibanding ahli ibadah. Sebagaimana disebutkan dalam hadits lainnya, dari Abu Darda’, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

”Dan keutamaan orang yang berilmu dibanding seorang ahli ibadah adalah bagaikan keutamaan bulan pada malam purnama dibanding bintang-bintang lainnya.”

Al Qodhi mengatakan,

”Orang yang berilmu dimisalkan dengan bulan dan ahli ibadah dimisalkan dengan bintang karena kesempurnaan ibadah dan cahayanya tidaklah muncul dari ahli ibadah. Sedangkan cahaya orang yang berilmu berpengaruh pada yang lainnya.”

Kesembilan: Orang Yang Berfatwa Tanpa Ilmu Hanya Membawa Kerusakan

Lihatlah bagaimana kerusakan yang diperbuat oleh ahli ibadah yang berfatwa tanpa dasar ilmu. Ia membuat orang lain sesat bahkan kerugian menimpa dirinya sendiri. Maka benarlah apa yang dikatakan oleh Umar bin ‘Abdul ‘Aziz yang bermaksud,

”Barangsiapa beribadah pada Allah tanpa ilmu, maka kerusakan yang ditimbulkan lebih besar daripada perbaikan yang dilakukan.”

Syarat Diterimanya Taubat

Syarat taubat yang mesti dipenuhi oleh seseorang yang ingin bertaubat adalah sebagai berikut:

Pertama: Taubat dilakukan dengan ikhlas, bukan karena makhluk atau untuk tujuan duniawi.

Kedua: Menyesali dosa yang telah dilakukan sehingga ia pun tidak ingin mengulanginya kembali.

Ketiga: Tidak terus menerus dalam berbuat dosa. Maksudnya, apabila ia melakukan keharaman, maka ia segera tinggalkan dan apabila ia meninggalkan suatu yang wajib, maka ia kembali menunaikannya. Dan jika berkaitan dengan hak manusia, maka ia segera menunaikannya atau meminta maaf.

Keempat: Bertekad untuk tidak mengulangi dosa tersebut lagi karena jika seseorang masih bertekad untuk mengulanginya maka itu pertanda bahwa ia tidak benci pada maksiat.

Kelima: Taubat dilakukan pada waktu diterimanya taubat yaitu sebelum datang ajal atau sebelum matahari terbit dari arah barat. Jika dilakukan setelah itu, maka taubat tersebut tidak lagi diterima.

Inilah syarat taubat yang biasa disebutkan oleh para ulama.

Penutup

Saudaraku yang sudah bergelimang maksiat dan dosa. Kenapa engkau berputus asa dari rahmat Allah? Lihatlah bagaimana ampunan Allah bagi setiap orang yang memohon ampunan pada-Nya. Orang yang sudah membunuh 99 nyawa + 1 pendeta yang ia bunuh, masih Allah terima taubatnya. Lantas mengapa engkau masih berputus asa dari rahmat Allah?!

Orang yang dulunya bergelimang maksiat pun setelah ia taubat, bisa saja ia menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya. Ia bisa menjadi Muslim yang sholih dan Muslimah yang sholihah. Itu suatu hal yang mungkin dan banyak sekali yang sudah membuktikannya. Mungkin engkau pernah mendengar nama Fudhail bin Iyadh. Dulunya beliau adalah seorang perampok (perompak). Namun setelah itu bertaubat dan menjadi ulama besar. Itu semua karena taufik Allah. Kami pun pernah mendengar ada seseorang yang dulunya terjerumus dalam maksiat dan pernah menzinai pacarnya. Namun setelah berhijrah dan bertaubat, ia pun menjadi seorang yang alim dan semakin paham agama. Semua itu karena taufik Allah. Dan kami yakin engkau pun pasti bisa lebih baik dari sebelumnya. Semoga Allah beri taufik.

Ingatlah bahwa orang yang berbuat dosa kemudia ia bertaubat dan Allah ampuni, ia seolah-olah tidak pernah berbuat dosa sama sekali. Dari Abu ‘Ubaidah bin ‘Abdillah dari ayahnya, Rasulullah SAW bersabda,

”Orang yang bertaubat dari suatu dosa seakan-akan ia tidak pernah berbuat dosa itu sama sekali.”

Setiap hamba pernah berbuat salah, namun hamba yang terbaik adalah yang rajin bertaubat.

Dari Anas, beliau SAW bersabda,

“Semua keturunan Adam adalah orang yang pernah berbuat salah. Dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”

Orang yang bertaubat akan Allah ganti kesalahan yang pernah ia perbuat dengan kebaikan. Sehingga seakan-akan yang ada dalam catatan amalannya hanya kebaikan saja. Allah SWT berfirman,

”Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Furqon: 70)

Al Hasan Al Bashri mengatakan;

”Allah akan mengganti amalan kejelekan yang diperbuat seseorang dengan amalan sholih. Allah akan mengganti kesyirikan yang pernah ia perbuat dengan keikhlasan. Allah akan mengganti perbuatan maksiat dengan kebaikan. Dan Allah pun mengganti kekufurannya dahulu dengan keislaman.”

Sekarang, segeralah bertaubat dan memenuhi syarat-syaratnya. Lalu perbanyaklah amalan kebaikan dengan melaksanakan yang wajib-wajib dan sempurnakan dengan shalat sunnah, puasa sunnah dan sedekah, karena amalan kebaikan niscaya akan menutupi dosa-dosa yang telah engkau perbuat. Rasulullah SAW pernah memberikan sebuah nasihat berharga kepada Abu Dzar Al Ghifariy Jundub bin Junadah,

“Bertakwalah kepada Allah di mana saja kamu berada dan ikutkanlah kejelekan dengan kebaikan, niscaya kebaikan akan menghapuskannya dan berakhlaqlah dengan sesama dengan akhlaq yang baik.”

Semoga Allah menerima setiap taubat kita. Semoga Allah sentiasa memberi taufik kepada kita untuk menggapai redha-Nya.

Dipetik dari : muslim.or.id

* Artikel Berkaitan : “Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar)


http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=http%3A%2F%2Fal-ehsaniah.blogspot.com&layout=standard&show_faces=false&width=450&action=like&colorscheme=light&height=35

Categories: Nur Hidayah

Apakah Sebenarnya ‘TAQWA’ ?

March 21, 2011 Leave a comment

TAQWA bukan setakat melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan الله. Bukan setakat menunai ketaatan dan menjauhkan kemaksiatan. Bukan juga setakat meninggalkan apa yang haram dan menunaikan apa yang fardhu. Bukan setakat menjauhkan yang syirik dengan beramal dan taat kepada الله. Bukan setakat menjauhkan diri dari segala apa yang akan menjauhkan diri kita daripada الله. Bukan setakat menghadkan diri kepada yang halal sahaja dan bukan setakat beramal untuk menjuruskan ketaatan kepada الله semata-mata.

Takrif TAQWA

Bila disebut TAQWA, kebanyakkan dari kita memahaminya sebagai takutkan الله. Takut kepada الله hanyalah satu daripada sifat mahmudah yang terangkum dalam sifat TAQWA tetapi ia bukan TAQWA. Takut dalam bahasa Arab ialah khauf atau khasya.

TAQWA berasal dari perkataan waqa–yaqi–wiqoyah yang ertinya memelihara. Hujahnya ialah ayat الْقُرْآنَ seperti berikut:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka.” (At Tahrim: 6)

Kerap di dalam الْقُرْآنَ, ALLAH menyeru dengan kalimah ittaqu atau yattaqi. Di mana ada tambahan huruf pada asal kalimah waqa, ia membawa perubahan kepada makna. Di sini ittaqullah membawa maksud hendaklah kamu mengambil الله sebagai pemelihara/ pembenteng/ pelindung. Iaitu hen­daklah jadikan الله itu pelindung. Jadikan الله itu kubu atau benteng. Bila sudah berada dalam perlindungan, kubu atau benteng الله, perkara yang negatif dan berbahaya tidak akan masuk atau tembus. Atau jadikan الله itu dinding dari kejahatan. [1]

Usaha untuk menjadikan الله sebagai pemelihara atau pelindung atau pembenteng ialah dengan melaksanakan perkara-perkara yang disuruh oleh الله lahir dan batin. Dengan kata-kata yang lain, perkara yang disuruh itu ialah membina sifat-sifat mahmudah. Mengumpul dan menyuburkan sifat-sifat mahmudah (terpuji) itulah usaha bagi menjadikan الله itu sebagai pemelihara atau pelindung. Membina sifat-sifat mahmudah itulah usaha ke arah TAQWA.

TAQWA atau wiqoyah telah disalahertikan. Maksudnya telah disempitkan. Ia sebenarnya adalah lebih global dan luas. Ia adalah gudang mahmudah dan merupakan himpunan segala sifat-sifat mahmudah. Di situ ada sabar, redha, pemurah, berkasih sayang, pemaaf, memberi maaf, meminta maaf dan sebagainya. Seluruh sifat mahmudah itulahTAQWA. Jadi, besarlah erti TAQWA. Ia membawa keselamatan dunia dan Akhirat.

Oleh itu, kalau dikatakan ittaqullah, maknanya yang sebenar ialah:

‘Hendaklah kamu mengambil الله sebagai pemelihara!’

Untuk menjadi orang yang BERTAQWA ertinya:

  • Orang yang berada dalam perlindungan الله atau dalam pemeliharaan الله;
  • Orang yang berada dalam benteng dan kubu الله. Dia selamat dari serangan luar. Serangan luar tidak lut (Eng: penetrate) dan tidak mengenai dirinya.
  • Orang BERTAQWA itu seolah-olah telah dipakaikan baju besi atau jaket kalis peluru.

TAQWA adalah pakaian jasad, batin atau ruhaniyah (roh). Ia adalah amalan jiwa atau roh.

TAQWA adalah perkara dalaman dan banyak melibatkan amalan HATI. Kalau sungguh-sungguh diamalkan dan dihayati, akan lahir sifat-sifat mahmudah seperti jujur, adil, benar, berkasih sayang, lemah lembut, pemurah, tawadhuk, pemalu, bertimbang rasa, berperikemanusiaan, sabar, redha, tawakal, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, pemaaf, amanah, tekun, rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati, belas kasihan dan sebagainya.

Rasulullah SAW bersabda:

“TAQWA itu terletak di sini”, sambil beliau صلیﷲ علیﻪ و سلم menunjuk ke dada/HATI beliau tiga kali.” [Hadith Riwayat Muslim]

Orang yang BERTAQWA adalah orang yang luar biasa. Sebab dia manusia yang mempunyai bersifat malaikat. Sifat-sifat malaikat persis ada dalam dirinya. Orang BERTAQWA sahaja yang akan selamat di dunia dan di Akhirat.

Asas TAQWA

Asas TAQWA yang lahir bermula dari aqidah yang betul diikuti dengan solat, puasa, zakat dan naik haji. Itu adalah asas TAQWA. Kalau asas TAQWA ini tidak wujud, artinya kita tidak mempunyai benih untuk ditanam. Kalau tidak ada benih, masakan akan ada pokoknya. Amalan-amalan yang lain adalah sebagai tambahan.

Asas TAQWA yang ruhaniya ialah rasa kehambaan yang sungguh mendalam. Di antaranya rasa serba-serbi dhaif, lemah, hina di sisi Allah SWT. Rasa diri benar-benar dimiliki oleh الله. Rasa diri tidak punya apa-apa.

Diri yang rasa lemah itu sangat merasakan ianya terdedah kepada berbagai kerosakan dan cacat cela. Tiada daya, tiada upaya dan tidak mampu berbuat apa-apa. Rasa kehambaan yang mendalam ini menjadikan hati penuh pasrah, merintih, mengharap dan memohon setiap sesuatu itu hanya dari الله.

Amalan TAQWA

Amalan TAQWA pula bukan sekadar apa yang terkandung di dalam rukun Islam seperti puasa, zakat, haji dan solat sahaja. Bukan setakat membaca الْقُرْآنَ atau berwirid dan berzikir sambil mengira tasbih. Bukan juga beruzlah (menyendiri ditempat sunyi), menjauhkan diri dari orang ramai. Amalan TAQWA bukan sahaja di surau atau di masjid.

Amalan TAQWA adalah apa sahaja amalan dan perbuatan di dalam kehidupan yang berlandaskan syariat sama ada yang fardhu, wajib, sunat atau harus atau apa sahaja amalan dan perbuatan yang dijauhi dan ditinggalkan sama ada yang haram atau makruh yang dibuat berserta ROHNYA iaitu ada batinnya (bersifat ruhaniyah), penghayatan dan penjiwaannya. Dengan kata-kata yang lain, ada terkait dengan akal, ROH dan terhubung dengan الله, dibuat kerana الله dan mengikut cara yang الله kehendaki.

Apa saja yang dilakukuan atau ditinggalkan itu berkait dan kerana الله maka itulah TAQWA. Amalan yang tidak berkait dan tidak dibuat kerana الله, itu adalah amalan kosong, yang tidak ada nyawa, jiwa atau ROHNYA. Ia tidak sampai kepada الله dan tidak ada apa-apa nilai di sisi-Nya.

Firman ALLAH dalam Surah al-Hajj, ayat 37:

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.”

Di dalam Islam, di samping ibadah lahiriah, terdapat banyak ibadah batiniah atau ibadah yang bersifat ruhaniyah. Ibadah lahir banyak syarat rukun dan sah batalnya.

Tetapi ibadah batiniah (ruhaniyah atau dalaman) tidak mengira tempat, waktu, masa, suci atau berhadas, haul atau nisabnya. Ia boleh dilakukan bila-bila masa.

Ini termasuklah bertafakkur, muhasabah diri, musyahadah, mujahadah, bertaubat, merintih dengan الله, sabar dalam menanggung sakit, ujian, musibah, cacian, kehinaan dan makian orang, menyuburkan rasa-rasa bertuhan dan rasa-rasa kehambaan dan berzikir di hati. Ini se­mua adalah amalan rohani yang boleh menghasilkan TAQWA.

Arahan Supaya BerTAQWA

Allah SWT berfirman:

“Hendaklah kamu bertaqwa kepada الله sejauh yang termungkin (menurut kesanggupanmu, sedaya upaya).” (At Taghabun: 16)

Sejauh yang termungkin di sini bermaksud turun-naik nafas mesti dijadikan TAQWA. Mendengar, melihat, makan minum, berjalan, berhibur, semuanya mesti dijadikan amalan TAQWA. Jangan ada satu hembusan nafas yang tidak jadi TAQWA. Jangan ada seulas nasi yang tidak jadi TAQWA. Jangan ada satu pendengaran atau satu penglihatan yang tidak jadi TAQWA. Malahan jangan ada satu apa pun dalam hidup ini yang tidak membawa kepada TAQWA. Itulah maksud sejauh yang termungkin dalam mengusahakan TAQWA.

Beramal Untuk Menambah TAQWA

Firman Allah SWT (artinya):

“ Dan hendaklah kamu menambah bekalan. Maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah (sifat) TAQWA. Dan bertaqwalah pada Aku, wahai orang-orang yang berakal (al-bab)” (Al Baqarah: 197)

Di dalam ayat di atas ini الله menyuruh kita supaya sentiasa menambah sifat TAQWA. Kerana sifat TAQWA ini adalah bekalan kita di Akhirat. Ia juga untuk mendapat bantuan الله di dunia dalam berbagai bentuk. Itulah yang merupakan khawariqul ‘adah. Kalau bagi Rasulullah SAW dikatakan mukjizat. Kalau bukan di zaman Rasulullah dikatakan keramat atau berkat atau rahmat dari الله.

Seperti yang pernah berlaku dan dipaparkan dalam sejarah, dalam peperangan, umat Islam yang sedikit boleh mengalahkan musuh yang ramai, atau mendapat rezeki dari sumber yang tidak diduga dan lain-lain lagi contoh yang banyak berlaku di kalangan para Sahabat. Itu dikurniakan الله di dunia, tetapi yang paling utama ialah di kurniaan الله di Akhirat.

الله sebut dalam firman-Nya di atas, hendaklah kita senatiasa menambah bekalan iaitu sifat TAQWA. Kita disuruh membangunkan asset (harta) di Akhirat sambil mendapat pertolongan dan bantuan الله di dunia. Menambah sifat TAQWA ini mestilah di atas landasan syariat. Yang asas-asasnya ialah solat, puasa, zakat dan haji. Itu asas atau tapak untuk menambah TAQWA.

Sifat TAQWA banyak di tengah-tengah kehidupan. Bukan di masjid atau di surau sahaja. Membantu orang, bersatu padu, berkasih sayang, menyelesaikan masalah orang dan berkerjasama, itu semua adalah amalan TAQWA.

Di atas penglihatan, pendengaran, gerakan tangan, gerakan kaki ke tempat-tempat yang kita pergi. Malahan ia berlaku dalam apa sahaja aktiviti hidup kita. Di situlah kita akan dapat TAQWA.

TAQWA Itu Perkara Dalaman

Syariat itu adalah rangka. Kalau rangka sahaja yang ada, tidak bernyawa, tidak ada roh, maka tidak ada erti apa-apa.

Kita contohkan dalam ibadah asas, seperti solat. Rukuk, sujud dan bacaan-bacaan itu rangka. Kalau hanya badan sahaja yang rukuk, tetapi hati tidak rukuk ertinya kita hanya bawa rangka.

Kita hanya bawa rangka yang dalamnya KOSONG. Kalau badan sahaja yang sujud, hati tidak sujud, ertinya rangka sahaja yang sujud. Sebab itu kadang-kadang dalam meniti di atas Syariat pun, dalam melaksanakan ibadah fardhu pun, kita tidak dapat menambah TAQWA. Padahal itu ibadah asas. Kalau kita membawa atau laksanakan itu rangka sahaja tetapi tidak besertakan roh (ruhaniyah) maka ibadah seperti itu tidak akan menambahkan TAQWA.

Kebanyakan perkara2 yang melibatkan pencapainTAQWA adalah perkara ruhaniyah, paling tidak ia bersifat maknawiyah. Kalau tidak ada ruhaniyah, walaupun ibadah itu tampak sempurna, walaupun ia menjadi bualan orang-orang setempat, namun ia adalah kosong. Solat kosong, haji kosong, pekerjaan (occupation), pendidikan kosong. Ianya tidak bernyawa dan tidak bernilai di sisi الله. Padahal itu perkara-perkara yang melibatkan syariat, namun kalau tidak ada rohnya, ia tidak boleh menambah TAQWA.

Mengusahakan TAQWA

Mengamalkan Islam yang lahir itu, seperti solat fardhu dan sunat, puasa, zakat, baca dan tadabbur الْقُرْآنَ, wirid dan zikir, tujuannya supaya kita menjadi orang BERTAQWA. Namun kalau kita boleh beribadah seperti itu dua puluh empat jam sehari pun, yang kita akan dapat dari usaha itu hanya 10% sahaja dari nilai TAQWA keseluruhannya.

Tetapi untuk mencapai tingkatan 10% itu pun bukan mudah. Bukan mudah untuk bangun solat malam, berpuasa, berzakat dan bersedekah, tadabbur الْقُرْآنَ dan wirid zikir. Untuk mendapat TAQWA cara lahiriyah itu pun amat susah.

Untuk mencapai TAQWA sepertimana yang dikehendaki 90% dari usahanya berada dalam bentuk yang tersirat yang bersifat maknawiyah dan ruhaniyah. Pencapaiannya adalah lebih susah untuk diperolehi. Bukan mudah hendak takut dengan اللهkerana ia menyentuh soal ruhaniyah. Ia bersifat rasa (feel). Bukan mudah hendak cinta الله. Ia juga soal ruhaniyah. Lebih mudah untuk kita cinta anak isteri dari cinta الله. Bukan mudah untuk rasa bertuhan. Bukan mudah untuk bawa rasa bertuhan ke mana-mana. Bukan mudah hendak bawa rasa bertuhan kalau tidak dididik dari kecil lagi. Kecualilah bagi orang yang الله hendak anugerahkan rasa bertuhan itu. Tetapi berapa ramai orang yang begitu?

Bukan mudah hendak terasa hebatnya الله dan rasa diri kita kerdil dan dha’if . Ketika solat, bagaimana hendak lahirkan rasa “tersentuh” dengan apa yang dibacakan sehingga bergelombang dan gementar hati kita – tidaklah mudah. Bila disebut Allahu Akbar, ada sejenis rasa, bila disebut Alhamdulillah, ada satu rasa lagi yang lain. Berbagai ayat yang kita baca, berubah-ubah rasa kita. Ini bukan mudah. Soal lafaz lain. Soal rasa pula lain. Sedangkan 10% TAQWA itu dari ibadah lahir manakala 90% adalah dari ibadah batiniah atau ruhaniyah yang seperti ini yang ada lahir daripada HATI.

Tidak menjadi kesalahan atau dosa menjjadi orang kaya tetapi bukan mudah untuk tidak cinta harta dan kekayaan kita itu. Padahal الله benarkan kita jadi kaya, hanya الله tidak benarkan kita mencintai kekayaan kita itu.

Sepatutnya bila dapat jawatan (pangkat atau kedudukan), kita rasa malu dan menangis kerana rasa tidak layak dan takut kita akan lupa diri dan tidak pandai bersyukur. Kerana kita tahu bahawa hakikatnya, jawatan itu dari الله. Tetapi sebaliknya kita rasa bangga dan rasa jadi tuan.

Dalam mengusahakan TAQWA ini, yang perkara-perkara luaran yang yang berasaskan syariah, hukum-hukum fiqah, perbuatan kena dilaksanakan menurut yang telah disyariatkan, tetapi prioritinya ialah perkara-perkara dalaman yang melibatkan HATI, deria-rasa. Jadi mengamalkan amalan Islam dengan tujuan hendak menjadi orang BERTAQWA, yang lahir 10% sahaja, yang dalam (ruhaniyah) adalah 90%. Yang luar walaupun hebat, kalau yang dalam kosong, kita akan masuk Neraka sekiranya الله tidak ampunkan kita.

Rasulullah SAW mengambil masa tiga belas tahun di Mekah untuk menanam iman dan TAQWA di hati para Sahabat. Selama sepuluh tahun kemudian, barulah Baginda melaksanakan perintah dan syariat ALLAH – membangun negara kecil yakni di Madinah. Dibangunkan madrasah yang menjadi kilang untuk mengeluarkan para ilmuan yang BERTAQWA sebagai penyambung dan pelapis perjuangan. Dibangunkan ekonomi dengan membuka pasar Ansar yang diuruskan oleh Sayidina Abdul Rahman bin Auf. Begitulah perjuangan itu berkembang dan terus membesar hingga akhirnya tiga perempat dunia menyerah diri kepada Islam. Semua itu bertolak dari TAQWA.

Itulah cara perjuangan Islam yang dibuat oleh Rasulullah SAW. Dan itulah satu-satunya cara yang benar dan tepat.

Roh Amal

Islam itu ada lahir, ada batin. Ada jasad, ada roh. Ada rangka, ada nyawa. Islam itu ada kulit dan ada isi. Batin Islam atau roh Islam atau nyawa Islam atau intipati Islam itulah yang dikatakan rohul amal.

Rohul amal inilah yang hendak kita jaga sungguh-sungguh kerana ia merupakan nyawa bagi amalan kita di samping kita tidak pula menafikan amalan atau syariat lahir. Roh amal inilah tempat jatuh pandangan الله kerana ia merupakan intipati amal. Itulah perkara yang الله nilai. الله tidak pandang amalan lahir kita kalau rohnya tidak ada. Justeru itu, kita beribadah mesti ada roh. Berdakwah dan berjihad, mesti ada roh. Begitu juga bermusafir, bergaul, berdoa, berzikir, berekonomi, bertani dan sebagainya mesti ada roh.

Amalan yang tidak ada roh samalah seperti manusia yang tidak ada nyawa. Ertinya sudah dianggap kosong.

Menghadirkan Roh Dalam Amalan

Hendak wujudkan, hendak lahirkan dan hendak hadirkan roh dalam aktiviti kita, usaha kita, tindak-tanduk kita dan dalam aspek apa sahaja, itu yang susah. Kadang-kadang kita ingat, tetapi diganggu.

Sebab itu selepas solat, selepas buat baik, kita disuruh istighfar? Mengapa? Kalau selepas buat jahat kita disuruh istighfar – itu lebih logiklah. Kenapa pula kita disuruh istighfar selepas membuat kerja atau amal baik? Sebab kita takut, takut kita tidak dapat TAQWA dalam solat atau dalam amalan baik yang kita lakukan itu. Takut-takut dalam amalan kita itu tidak ada rohnya dan الله tidak pandang.

Mengapa pula selepas berdakwah, selepas mengajar, selepas berniaga, kita tidak istighfar? Mengapa selepas berniaga kita tidak menung sekejap. Patutnya balik sahaja dari berniaga kena merenungkan apa yang telah kita buat dan bertaubat. Sebab mungkin berniaga kita tidak ada roh. Hanya dapat KOSONG sahaja. Patutnya di situlah kita minta ampun sebab mungkin ada orang yang telah kita zalimi, yang telah kita sakiti, yang tidak senang dan yang sakit hati dengan kita semasa kita berniaga dan berurusan dengan pelanggan. Mengapa balik berniaga tidak minta ampun kepada الله?

Kalau kita boleh buat seperti ini, الله akan selamatkan kita. Sifat TAQWA akan bertambah. Untung di dunia lagi الله akan berikan. Memang sifat TAQWA itu untuk Akhirat, tetapi TAQWA juga memberi kita untung dunia untuk keperluan di dunia.

Wallahua’lam.

Sumber Rujukan :
http://www.usahataqwa.com/TAQWA/apakah-sebenarnya-TAQWA.html
http://www.lightofislam.info/phpBB3/viewtopic.php?f=12&t=601

Categories: Tazkirah

Sertai Forum Bicara Muslim (FBM)

March 20, 2011 Leave a comment

Assalamualaikum

Pembaca yang dihormati dan dikasihi sekalian,

Untuk makluman anda semua, kini admin telah mewujudkan satu ruangan forum untuk semua khususnya pengguna yang memiliki akaun Facebook. Forum tersebut telah dinamakan sebagai Forum Bicara Muslim (FBM). Tujuan utama FBM diwujudkan adalah sebagai suatu medium perkongsian maklumat dan perbincangan ilmiah sesama ahli secara lebih tersusun mengikut kategori yang telah disediakan.

Kelebihan FBM

  • Mudah! Hanya login menggunakan akaun Facebook anda sahaja tanpa perlu melalui proses pendaftaran yang merumitkan.
  • Boleh diakses melalui Facebook (penerangan bergambar di bawah).
  • Boleh menyertakan video youtube dan gambar di dalam posting.
  • Mempunyai kemudahan fungsi carian.
  • Fungsi dan paparan yang ‘user friendly’.

Bagaimana Akses FBM Melalui Facebook
Berikut dinyatakan secara bergambar bagaimana untuk mengakses FBM melalui Facebook.

Setelah klik link forum seperti di atas, anda akan terus memasuki ruangan FBM seperti berikut :

Sertai FBM Sekarang!
Untuk menyertai FBM sila klik di sini.

Group FBM di Facebook
Untuk makluman anda, admin juga telah mewujudkan group facebook yang juga menggunakan nama FBM sebagai wadah menghubungkan pengguna facebook kepada forum sebenar yang telah dinyatakan di atas. Untuk menyertainya sila klik di sini.


Perhatian! : Setelah menyertai FBM anda diingatkan supaya memahami dan mematuhi syarat & peraturan yang telah ditetapkan di sana.

Sekian, semoga kewujudan FBM ini memberi manfaat untuk kita semua insyaAllah. Selamat berforum ! 🙂

http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=http%3A%2F%2Fal-ehsaniah.blogspot.com&layout=standard&show_faces=false&width=450&action=like&colorscheme=light&height=35

Categories: # Pengumuman Admin

Tanda Hati Mati

March 15, 2011 Leave a comment

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya:

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.


http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=http%3A%2F%2Fal-ehsaniah.blogspot.com&layout=standard&show_faces=false&width=450&action=like&colorscheme=light&height=35


Categories: Tasawwuf, Tazkirah

Khutbah Jumaat Minggu Ini – "Membina Generasi"

March 10, 2011 Leave a comment

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan menjauhi setiap larangan-Nya. Semoga dengan bertakwa kita akan mendapat rahmat Allah SWT sama ada di dunia mahu pun di akhirat. Sesungguhnya manusia yang paling mulia ialah mereka yang paling bertakwa di sisi Allah SWT.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Saban hari kita dipertontonkan dengan pelbagai masalah sosial. Sebutlah apa sahaja kita akan dapat mengetahuinya melalui media massa sama ada di kaca televisyen, skrin komputer, paparan akhbar, majalah dan lain-lain. Seolah-olah tiada petanda bahawa masalah ini akan berkurangan, jauh sekali untuk dihapuskan. Setiap hari ada sahaja berita mengenai penipuan, rasuah, penderaan, rompakan, membunuh, mencabul, rogol, buang bayi, dan sebagainya.

Apakah mereka yang melakukan perbuatan jahat ini tidak pernah terdidik?. Kalau pernah belajar dan bersekolah tidakkah mereka telah diberi kefahaman tentang keburukan gejala ini dan kesannya terhadap diri, masyarakat dan negara. Bahkan keburukan yang akan dirasai bukan sahaja di dunia malah lebih teruk di akhirat nanti. Mungkin juga ketika bersekolah dulu, mereka tergolong dari pelajar cemerlang yang nama mereka pernah menghias halaman akhbar dalam mengharumkan nama keluarga, sekolah dan negara.

Ketika bergaul dengan masyarakat sudah tentu mereka pernah diingatkan supaya tidak terlibat dengan perkara jahat yang merosakkan. Itu di antara peranan masyarakat, yang turut terpanggil untuk membenteras gejala sosial ini daripada terus berlaku. Pada masa yang sama kita juga turut menuntut peranan

serta sumbangan yang patut dilakukan oIeh badan sukarela, persatuan penduduk, aktivis masyarakat, pihak-pihak yang bertangggungjawab dan pemerintah. Kita perlu merancang, menyusun langkah dan tindakan yang patut dilakukan ke arah mengurang atau mengatasi gejala ini.

Setiap anggota masyarakat tanpa mengira pangkat dan fahaman politik perlu tampil memberikan sumbangan berupa buah fikiran dan tenaga ke arah membendung dan mengawal gejala sosial daripada terus berlaku dan berleluasa. Kita hendaklah berusaha menyelamatkan golongan yang telah tewas dan hanyut dalam gelombang gelora fasad dan mungkar. Mereka terdorong melakukan kemungkaran kerana pengaruh sebaran media massa tanpa tapisan yang berleluasa. Lantaran itu mereka jadi lalai, lagho dan leka. Mereka selesa membuang masa, berfoya-foya, tenggelam dalam arus kebejatan moral yang ditaja oIeh para perosak yang memakai berbagai nama antaranya; hak asasi, kebebasan, malam amal dan macam-macam lagi. Ke mana hilangnya sikap amanah, istiqamah, sabar, ikhlas, jati diri, wibawa, pengorbanan, perjuangan, daya tahan dan daya saing.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Apakah generasi kini telah hilang segala kekuatan, kehebatan dan ketokohan seperti yang pernah dimilik oIeh umat Islam suatu ketika dahulu?. Generasi Islam terdahulu telah melakar sejarah gemilang dengan kejayaan

meletakkan Islam pada puncak dan mercu kehebatan. Masyarakat Islam ketika itu telah menjalani perubahan melalui amal cemerlang yang berterusan. Mereka mempunyai semangat daya juang yang tinggi serta sanggup mengharungi, menghadapi dan mengatasi apa jua cabaran. Mereka mengamal dan menyumbang kepada usaha pembaharuan yang berterusan. Mereka memenuhi kriteria ” Khaira Ummah ” seperti yang dinyatakan oIeh Al-Quran. Sekiranya kita mahu tergolong dalam kategori ” Khaira Ummah ” maka kita hendaklah sentiasa mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah SWT . Inilah di antara ciri penting yang telah mereka amalkan dengan istiqamah bagi mencapai kejayaan.

Kita juga perlu melakukan tindakan yang sama jika mahu melihat umat Islam mencapai kejayaan di pelbagai bidang. Kita hendaklah memiliki pelbagai ramuan yang diperlukan untuk menjadi umat yang berkualiti dan berdaya maju. Di manakah kita boleh mendapatkan ramuan yang dimaksudkan itu?. Ramuan tersebut ada pada akar budaya kehidupan insan dan masyarakat muslim. Sejarah kemajuan dan kejayaan masyarakat silam yang berteraskan akidah dan syariat Islam telah berjaya mengubah tatalaku manusia dari pelbagai segi sehingga menjadikan mereka sentiasa taat dan meyakini bahawa dengan melaksanakan segala nilai mulia yang diajarkan oIeh syariat Islam akan menentukan kejayaan yang dikehendaki dan diredhai oIeh Allah SWT.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Antara tindakan yang perlu dilakukan ialah kita hendaklah merancang untuk melahirkan generasi yang memiliki ciri umat berkualiti yang kehadirannya memberikan makna serta mampu menghadapi segala ujian kehidupan. Kualiti yang dimaksudkan tentulah berjiwa besar, berjiwa tauhid, bersemangat jihad, ikhlas, jujur, amanah, bertangggungjawab, berintegriti, berpandangan jauh dan luas serta mampu menjangka keperluan masa depan. Kita tidak mahu membiarkan masyarakat Islam hari ini memiliki ‘Kualiti Seumpama Buih’ sebagaimana yang dinyatakan oIeh Al-Quran dalam surah Ar-Ra’d ayat 17:

“Adapun buih itu, maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah membuat pelbagai perumpamaan” .

Salah satu dari nilai kualiti yang unggul ialah memiliki jiwa yang merdeka. Jiwa merdeka hanya mampu dilahirkan melalui keyakinan dan ketaatan sepenuhnya kepada Allah SWT. Untuk mencapai tahap keyakinan yang tinggi, Kita perlu mempunyai persekitaran yang baik. Maka setiap pihak bertangggungjawab mewujudkan suasana ini. Mereka yang berjiwa merdeka sentiasa peka untuk mempertahan maruah, martabat diri serta ummah. Mereka mengetahui bahawa maruah dan martabat itu punya harga dan ianya perlu dipertahankan. Untuk mempertahankannya memerlukan pengorbanan dan perjuangan. Kegagalan seseorang mempertahankan maruah dan martabat diri akan menjadikan mereka insan berjiwa pasif.

Manusia yang berjiwa pasif tidak akan mempunyai jati diri yang unggul. Mereka inilah yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk gejala maksiat yang dinyatakan pada awal khutbah. Ini kerana mereka tidak memiliki hati nurani, tidak memiliki maruah diri dan juga tidak mengetahui martabat diri. Seterusnya mereka tidak mempunyai pendirian dan pegangan. Bahkah lebih hina lagi mereka yang berjiwa pasif rela diperlakukan apa sahaja oIeh orang yang lebih maju daripada mereka. Akhirnya mereka tidak merasa tercabar sekalipun maruah dan martabat dicabul. Manusia berjiwa pasif hanya akan bertindak jika diarah. Sebaliknya mausia yang berjiwa merdeka sentiasa kaya dengan cita-cita dan daya usaha. Mereka tidak terikat kepada sesiapa kecuali kepada Allah SWT. Jiwa merdeka inilah yang diungkapkan oIeh Rab’iy ibn ‘Amir ketika memberitahu Rustum panglima tentera Parsi ;

“Kami adalah pembawa misi Ilahi untuk membebaskan manusia daripada pengabdian sesama manusia kepada pengabdian hanya kepada Allah semata-mata… “

Manakala ungkapan puitis Doktor Burhanuddin Al-Helmy ketika mengobarkan semangat mempertahan martabat dan harga diri bangsa dengan mengatakan;

“Di atas robohan kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka”.

Sesungguhnya kita hendaklah membina generasi yang berwawasan, berdaya tahan, mampu menjangak dan menyedia keperluan masa depan. Mereka mesti disiapkan dengan pelbagai ilmu, kepakaran serta maklumat untuk memikul tanggungjawab bagi membina ummah. Mereka mesti memiliki kekuatan minda dan fizikal yang boleh merangsang untuk berfikir ke arah membebaskan diri daripada penjajahan pemikiran, kekeliruan dan ketidak pastian. OIeh itu kita kena mendidik mereka dengan menekankan betapa generasi kini perlu memiliki akidah yang teguh, keimanan yang mantap dan jati diri yang mapan. Demikianlah pesanan Saiyidina Umar Ibni Al-Khattab;

“Didiklah anak-anak kamu, sesungguhnya mereka dilahirkan untuk zaman yang bukan zaman kamu”.

Islam telah membawa cahaya kebenaran yang menampilkan penganutnya yang hebat, berwibawa dan mampu melakukan gerakan pembebasan ke arah menghayati persamaan darjat kemanusiaan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kesimpulan daripada khutbah ini ialah;

– Umat Islam perlu memiliki jiwa merdeka di samping membentuk generasi yang berkualiti .

– Kuantiti umat dan generasi baru hendaklah dibentuk dan diperkukuh dengan iman dan pegangan Islam yang murni dan tulen.

– Mereka hendaklah dididik menjadi insan mujahid, ikhlas, amanah, jujur, bertangggungjawab, berintegriti, berpandangan jauh dan mempunyai daya bersedia untuk masa depan.

– Generasi yang dapat bekerjasama, bergabung tenaga untuk menyelesaikan berbagai masalah.

– Umat Islam perlu bersatu membanteras kemurtadan, kezaliman, kemunafiqan, rasuah, salahlaku dan sikap khianat .

“Hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oIeh) orang (yang menjadi penjaganya) yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang dhaif (yatim) di belakang mereka (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka. Oleh itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang benar (menepati syarak)”.( An-Nisa’ : 9 )

KHUTBAH KEDUA
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.

Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Khutbah Jumaat Bacaan 11 Mac 2011
Sumber : JAIS


http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=http%3A%2F%2Fal-ehsaniah.blogspot.com&layout=standard&show_faces=false&width=450&action=like&colorscheme=light&height=35

Categories: Khutbah Jumaat