Home > # Pengumuman Admin, Borang, Program / Aktiviti > Program Ibadah Aqiqah Sepanjang Tahun

Program Ibadah Aqiqah Sepanjang Tahun

Pengertian Aqiqah

Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.

Hukum Melakukan Aqiqah

Hukum melakukan aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

Waktu Pelaksanaan Aqiqah

Waktu melakukan aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.

Sabda Rasullullah SAW:

كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى

Maksudnya:

“Setiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama.” (Riwayat Abu Daud)

Hikmah Aqiqah

Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:

  • Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
  • Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
  • Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
  • Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.

Pembaca yang dihormati dan dikasihi sekalian,

Masjid Al-Ehsaniah Kampung Melayu Batu 16, Rawang telah melancarkan Program Ibadah Aqiqah Sepanjang Tahun secara rasminya pada 17 November 2010 yang lepas. Kepada Datuk/Nenek dan Ayah/Bonda yang akan mendapat cucu/anak, bolehlah membuat persediaan awal untuk Ibadah Aqiqah dengan menyertai program ini.

Bayaran RM380 untuk satu bahagian. Apabila cukup 7 bahagian, penyembelihan akan dilaksanakan di Ladang HS Nada Ternak Sdn Bhd, Kuang. Lembu dibeli dari ladang tersebut. Penyembelihan, melapah, pembahagian daging, tulang dan organ dalaman dibahagi sama rata kepada 7 bahagian oleh pihak Ladang dan diserahkan kepada keluarga peserta untuk dimasak sendiri.

Untuk mendaftar program ini sila isi borang di bawah:

http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=http%3A%2F%2Fal-ehsaniah.blogspot.com&layout=standard&show_faces=false&width=450&action=like&colorscheme=light&height=35

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: