Home > Tasawwuf, Tazkirah > Kepentingan Sanad & Silsilah

Kepentingan Sanad & Silsilah

Dalam perjalanan ilmu dan amalan kerohanian, silsilah merupakan salah satu perkara dasar yang amat penting. Silsilah yang sah dan benar ialah yang muttasil (yang bersambung-sambung) hingga sampai kepada Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam tanpa terputus. Bermaksud ilmu dan amalan ini diterima oleh seseorang itu dari Gurunya; Gurunya itu pula menerima dari Gurunya. Begitulah keadaannya sehingga akhirnya sampai kepada Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam.

Kepentingan silsilah (yang berlandaskan pengajian & pengamalan secara sanad dan talaqi) ini ialah bagi :

  • Menjamin pakej pegangan, fahaman dan pengamalan yang benar

  • Mengelak sebarang syubhat atau penyelewengan

  • Mewarisi sumber yang asli

  • Memelihara kesinambungan barakah (al-barakah) .

  • Memelihara pembentukan adabiah murid dengan Gurunya

  • Mendapat limpahan kerohanian yang haq.

Shaikh Abd. Halim Mahmud menegaskan :

“(Mesti ada) perhubungan dengan silsilah yang benar. Kerana, sesungguhnya keberkatan yang akan dicapai dari adanya persambungan silsilah yang benar-benar sah itu menjadi syarat yang pokok/asas (bagi ilmu tasawuf), kerana tanpa silsilah tersebut seseorang itu tidak akan mencapai satu darjat pun dari berbagai-bagai darjat tasawuf, sekalipun darjat permulaan (yang paling rendah) dalam tasawuf itu.” (Kitab Al-Munqidh Min al-Dalal)

Demikianlah huraian ringkas mengenai kepentingan silsilah.

Sesungguhnya tipu daya dalam jalan kerohanian ini terlalu banyak. Kadang-kadang ilmu dan amalan itu disandarkan kepada perjalanan kerohanian (tasawuf) namun sebenarnya ia bersalahan dengan disiplin-disiplin tasawuf dan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Atau mungkin ia hanyalah amalan untuk memperolehi kelebihan-kelebihan dunia semata-semata berdasarkan kekuatan diri dan tenaga yang datang dari alam Malakut, bukan berdasarkan Tauhid dan Ubudiyyah kepada Allah.

Kadangkala amalan itu berupa ayat Al-Quran atau wirid yang pada zahirnya tidak kelihatan salah, namun aspek dari siapa diambilnya amalan itu amat mempengaruhi natijah dari amalan yang dilakukannya. Dibimbangi adanya anasir-anasir luaran yang beserta dengan amalan yang dilakukan itu, yang akan menghasilkan natijah yang batil dalam batinnya, dan biasanya akan terlihat pada zahirnya dalam bentuk akhlak, perbuatan dan sebagainya.

Fahamilah, dan bertanyalah kepada Ahlinya. Wallahu ‘alam.


http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=http%3A%2F%2Fal-ehsaniah.blogspot.com&layout=standard&show_faces=false&width=450&action=like&colorscheme=light&height=35


Categories: Tasawwuf, Tazkirah
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: