Home > Motivasi > Zaman Muda Siri 1 : Bukan Untuk Berseronok!

Zaman Muda Siri 1 : Bukan Untuk Berseronok!

Remaja harus peka terhadap setiap perubahan sosiopolitik dan ekonomi setempat dan global. Ini perlu bagi merangka teknik dan strategi selain menyumbang idea bernas dalam menghadapi segala kemungkinan.

Statitik menunjukkan golongan belia yang berumur 15 hingga 40 tahun meliputi lebih 40 peratus daripada penduduk Malaysia. Belia dikatakan istimewa kerana golongan ini lahir di antara dua kelemahan iaitu kelemahan zaman kanak-kanak dan zaman tua. Kedua-duanya memerlukan bimbingan da pertolongan. Dalam surah Ar-Rum ayat 54, Allah SWT berfirman yang bermaksud :

“Allah SWT yang menciptakan kamu bermula daripada keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Dia menjadikan kamu kuat. Setelah itu, Dia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya dan Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa”.

Ayat di atas menunjukkan kepada kita bahawa di antara kedua-dua fasa lemah dalam kehidupan manusia itu terdapat satu fasa di mana manusia mencapai kekuatan. Fasa inilah menempatkan golongan muda yang mempunyai kekuatan dari segi fizikal, mental, idealisme, keinginan untuk mencapai sesuatu, aktif, dinamik dan mahukan perubahan. Pendek kata, zaman belia adalah zaman yang penuh dengan kegemilangan jika ciri-ciri itu dimanfaatkan dan disalurkan dengan wadah yang betul.

Menurut sejarah, golongan belia merupakan pendokong dan aktor utama dalam pengembangan dan kegemilangan Islam yang menguasai 1/3 penduduk dunia. Tokoh-tokoh besar seperti Nabi Ibrahim a.s, Nabi Yusuf a.s, Ashabul Kahfi, Saidinina Ali dan para sahabat Rasulullah SAW yang lain ialah antara contoh golongan belia yang dikisahkan di dalam al-Quran.

Islam menggesa golongan belia memainkan peranannya sebaik mungkin kerana mereka menggalas tanggungjawab yang besar. Namun apa yang membelenggu minda ramai golongan belia sekarang, mereka cenderung menggunakan masa muda mereka untuk berseronok dengan perkara yang sia-sia dan memenuhi agenda kehidupan dengan aktiviti berunsurkan hiburan melampau. Kalimat ‘muda hanya sekali’ telah menjadi kata kunci untuk mereka menghalalkan aktiviti yang tidak berfaedah hatta melanggar syariat agama.

Mereka beranggapan masa muda adalah masa untuk bergembira dan melakukan segala-galanya. Bila umur masuk 40-an, barulah mereka akan fikir tentang akhirat, duduk di masjid dan beramal. Itupun bagi mereka yang mempunyai kesedaran, kalau tidak mereka akan terus hanyut dengan kehidupan muda mereka walaupun usia semakin lanjut. Bak kata pepatah, ‘rumah kata pergi, kubur kata mari’. Sebuah hadis menyatakan,

“Sebaik-baik pemuda di antara kamu adalah yang mirip seperti orang dewasa di antara kamu, dan sejelek-jelek orang tua di antara kamu adalah seperti pemuda di antara kamu” (Hadis Riwayat Bukhari)

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna begitu mengambil berat akan pembinaan golongan belia dan remaja dengan menekankan empat kriteria penting yang tersemat dalam diri setiap belia. Beliau menyebut: “Sesuatu gagasan akan berjaya jika wujud keyakinan yang kuat dengan gagasan yang didokong, wujudnya keikhlasan dalam mendokongnya, semangat yang sentiasa membara bersamanya serta sedia berkorban dan berusaha merealisasikannya. Keempat-empat asas ini iaitu keimanan, keikhlasan, semangat dan usaha adalah sifat-sifat istimewa para pemuda.

Sebabnya asas keimanan ialah hati yang bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asas semangat ialah keinginan yang kuat, asas usaha ialah keazaman yang membara. Semua sifat ini hanya ada pada pemuda. Atas dasar ini dalam mana-mana bangsa, para pemuda menjadi tonggak kebangkitan mereka. Setiap kebangkitan ada rahsia kekuatannya yang tersendiri. Setiap gagasan ada pendokong panjinya. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk”. (Al-Kahfi : 13)

bersambung..

http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=http%3A%2F%2Fal-ehsaniah.blogspot.com&layout=standard&show_faces=false&width=450&action=like&colorscheme=light&height=35


Categories: Motivasi
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: