Home > Tazkirah > Jom Kira Umur Mengikut Kalender Hijriah

Jom Kira Umur Mengikut Kalender Hijriah

Muhasabah Umur
Assalamualaikum.
Hari ini bersamaan 3 Muharram 1432H iaitu hari ke 3 tahun baru islam dan hari ke 24 blog ini dilancarkan iaitu pada 16 Nov 2010 / 19 Zulhijjah 1431H yang lepas. Alhamdulillah..berdasarkan statistik, blog ini kian dikunjungi ramai dari hari ke hari. Menjelang awal Muharram yang lepas hinggalah saat ini blog ini terus mendapat kunjungan terutamanya artikel berkaitan hijrah. Ini menunjukkan masih ramai yang ingin mengetahui berkenaan dengan hijrah dan saya yakin ramai yang telah mengingatkan diri masing² setelah mengulangkaji/ me”refresh” pengetahuan masing² berkaitan hijrah. Ini termasuklah diri saya yang lemah ini.
Persoalannya sejauh manakah tindakan yang telah kita ambil atau dengan kata mudah yang telah kita amalkan dengan peringaran/tazkirah, ‘ibroh/pengajaran yang telah kita dapat/terima daripada pelbagai sumber tidak kira samada offline(kuliah di masjid/surau) atau online ini. Marilah kita sama² semak atau muhasabah kembali diri kita disamping mohon kepada Allah SWT agar kita dipermudahkan untuk beramal dengan ilmu yang kita terima. Teringat saya dengan pepatah arab “Al’lmu bila ‘amal kasshajar bila thamar” yang bermaksud “ilmu tanpa amal seperti pohon yang tidak berbuah”. Perumpamaan mudah ini tidak perlu dihuraikan lagi kerana semua orang boleh memahaminya.
Saya mengingatkan kepada diri saya dan pembaca budiman sekalian, janganlah kita menunda-nunda untuk beramal kerana kita tidak tahu bila masa ajal kita. Mungkin kita sering mendengar orang mengatakan: “Sementara masih muda ni la nak enjoy..dah tua nanti baru lah bertaubat.” 
Sungguh betapa kejinya ucapan ini. Apakah dia tahu kalau umurnya akan panjang? Kalau seandainya dia ditakdirkan panjang, apa jaminan dia akan insaf/bertaubat? Ataukah akan bertambah kesesatannya?! Allah berfirman yang bermaksud : 
“Dan tiada yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” 
(QS. Luqman: 34)
Dengan kehadiran bulan Muharram yang mulia ini iaitu bulan pertama tahun baru Islam 1432 Hijrah bermakna umur kita juga makin bertambah. Tahukah anda tarikh dan ulangtahun kelahiran anda dalam bulan islam??Mmm..mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tidak pasti. Untuk menyemak tarikh kelahiran anda mengikut kalendar hijriah, sila isi tarikh lahir anda dan tekan butang “>”

http://www.2muslims.com/cgi-bin/islamic-scripts/convert.cgi

Sekarang cuba tolakkan tahun hijrah sekarang iaitu 1432H dengan tahun hijrah kelahiran anda. Saya pasti ada yang terkejut mendapat tahu umur sebenarnya lebih tua daripada umur yang kita maklum sekarang mengikut kiraan tahun masihi.
Bercerita berkenaan umur ini, saya ingin mengajak pembaca budiman sekalian bersama-sama saya yang lemah dan lalai ini untuk bermuhasabah tentang umur yang dikurniakan Allah SWT kepada kita semua. Ianya secara langsung mengingatkan kita akan kematian yang sedang menghampiri kita semua dan sudah menjadi ketetapan terhadap setiap yang bernyawa. Firman Allah SWT yang bermaksud : Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan [Al-Anbiyaa’ (21:35)]
Selagi batas umur yang diberikan ini belum habis dan masa persoalan pertanggungjawaban ke atas amalan belum diminta bermakna masih ada urusan yang belum diselesaikan. Persoalannya sudah sejauh manakah semua urusan itu dilaksanakan sebagai seorang hamba.. Adakah hamba yang taat? atau hamba yang ingkar??
Sepertimana yang kita sedia maklum, umur umat nabi Muhammad S.A.W agak pendek jika dibandingkan dengan umur umat nabi-nabi yang lain. Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dari sahabat Abu Hurairah R.A: “Umur-umur umatku antara 60 hingga 70, dan sedikit dari mereka yang melebihi itu.” (Dihasankan sanadnya oleh Ibnu Hajar rahimahullah dalam Fathul Bari, 11/240)
Baiklah fokusnya sekarang saya ingin mengajak  pembaca yang budiman sekalian bermain sedikit dengan perkiraan matematik sekolah rendah..maknanya kiraan yang sangat² mudah..hanya dengan congak² aje..untuk itu, JOM MUHASABAH UMUR KITA!! sebelum itu saya nak ingatkan semula maksud akil baligh. Maksudnya “sampai” iaitu pada tahap manusia sudah sampai atau mampu dari segi spiritual, mental dan fizikal untuk mengamalkan seluruh perintah dan meninggalkan seluruh larangan Allah. Saya yakin anda semua sudah tahu & faham sangat² dah..
Ok Jom kita mula kira²!! Katakanlah umur baligh 15 tahun (tingkatan 3) dan jangka hayat pula sampai 65 tahun..
65 tahun – 15 tahun = 50 tahun (umur yang dikira amalan kita untuk tentukan pahala/dosa)
Formula Asas
——————————————————–
1 hari = 24 Jam 
1 tahun (360 hari) = 8640 jam [ 360 x 24 ] 
Kalau 50 tahun? = 50 x 360 = 18,000 hari
——————————————————–
Persoalan :
1- Berapa lama masa yg diambil untuk satu waktu SOLAT?? = sekitar 10 minit, 
Perkiraan waktu solat
5 waktu sehari semalam?? = 5 X 10 = 50 minit [senang kira 60 minit / 1 jam sehari]
Oleh itu masa solat 1hari = 1jam, kalau 18,000 hari = 18,000 jam
Dalam kiraan tahun = 18,000jam/8640jam = 2 TAHUN
2- Berapa lama masa yg diambil untuk satu waktu MAKAN?? = sekitar 20 minit
Perkiraan waktu makan
1-b/fast, 2-lunch, 3-dinner = 3 x 20 = 60 minit [1 jam sehari]
Oleh itu masa makan 1hari = 1jam, kalau 18,000 hari = 18,000 jam
Dalam kiraan tahun = 18,000jam/8640jam = 2 TAHUN
3- Berapa lama masa yg diambil untuk satu waktu TIDUR?? = katakanlah 8 jam sehari
Perkiraan waktu tidur
Kalau 50 tahun = 18,000 hari x 8 jam = 144,000 jam
Dalam kiraan tahun = 144,000jam/8640jam = 17 TAHUN
4- Berapa lama masa yg diambil untuk satu waktu KERJA?? = katakanlah jgk 8 jam sehari
Perkiraan waktu kerja
Sama dengan kiraan tidur = 17 TAHUN
Huh..di sini saya buat kiraan untuk 4 perkara asas sahaja. Sekiranya anda ingin menambah perkara² yang anda rasa perlu..silakan buat kiraan selanjutnya berasaskan formula asas yang saya sediakan di atas.
Mari kita lihat semula masa² yang telah dikira di atas.
  • SOLAT = 2 TAHUN (ni pun kalau cukup solatnya)
  • MAKAN = 2 TAHUN (ni kalau takde makan² tambahan. cth: makan sambil kerja, dll)
  • TIDUR = 17 TAHUN (ni kalau takde tidur tambahan. cth tidur time kerja, dll)
  • KERJA = 17 TAHUN (ni kalau betul² keje 8 jam sehari. xde “ngulor”,main game,main h/p,borak²,tido, dll)
Hasil Tambah, 2+2+17+17 = 38 TAHUN 
Baki Tahun, 50 tahun – 38 tahun = 12 TAHUN #
Jadi, apa pengisian untuk 12 TAHUN lagi sebagai seorang hamba ALLAH SWT??
Kesimpulannya : 
Cukupkah solat yang kalau dikerjakan tanpa tinggal 1 waktu pun dalam tempoh 50 tahun itu? Itu pun kalau sampai umur 65 tahun!!
ALLAHUAKBAR!! ASTAGFIRULLAH..Maha Benar Allah 
“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan Amal Solih. Dan mereka pula bermuafakat bersama-sama dalam saling memberi pengajaran tentang Kebenaran dan Kesabaran”
Ayuh! Hayati Doa Iftitah dalam solat kita, “Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya SOLATKU, IBADATKU, HIDUPKU, dan MATIKU, kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam.”

Afala Ta’qilun?? Tidakkah kamu berfikir??
Jadi marilah kita sama² fikir²kan.. WALLAHUA’LAM..
Ya Allah! Jadikanlah umur kami umur yang diberkati..berilah kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka-Mu ya Allah..amin..


http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=http%3A%2F%2Fal-ehsaniah.blogspot.com&layout=standard&show_faces=false&width=450&action=like&colorscheme=light&height=35


Categories: Tazkirah
  1. January 28, 2011 at 5:16 pm

    Maka perbanyakkan amalan² sunat, tadabbur al-quran, zikir, sedekah, dan lain² amalan kebajikan..InsyaAllah..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: