Home > *Solat Fardhu Berjemaah, Tazkirah > Memahami Bacaan Dalam Solat

Memahami Bacaan Dalam Solat


Sumber gambar : Google

Assalamualaikum.

Firman Allah SWT :sesungguhnya Aku ini Allah, tiada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu (Toha 20:14)
Ketika mulut terkumat-kamit membaca bacaan² dalam solat, fahamkah kita akan makna bacaan² tersebut?
 
Memahami segala patah perkataan yang dibaca ketika solat adalah sangat penting kerana ia merupakan salah satu cara untuk khusyuk dalam solat.

Semoga solat kita menjadi lebih berkualiti dan sekaligus menjadi solat yang benar² mencegah kita dari perbuatan keji dan mungkar insyaAllah. Firman Allah SWT : Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (29:45)
 
Takbiratul Ihram (Takbir di permulaan solat)
Takbir Intiqal (Takbir perpindahan rukun)
  Allah Maha Besar
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al Fatihah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (1). 
Segala puji bagi Allah yang memelihara sekalian Alam (2) 
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang (3) 
Yang menguasai hari pembalasan (4)
Hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu saja kami mohon pertolongan (5) 
Tunjukilah kami jalan yang lurus (6)
Jalan mereka yang Engkau beri ni’mat, bukan jalan mereka yang engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat (7). 
Ruku’




Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia dengan sifat Kepujian-Nya.

I’tidal
 
Allah mendengar orang yang memuji-Nya. Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. 


Sujud

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan sifat Kepujian-Nya.
Duduk diantara dua sujud

Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatkanlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkanlah aku dan ampunilah aku.

Tahiyyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Tahiyyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung


Salam


Salam sejahtera dan rahmat Allah keatas kamu.


http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=http%3A%2F%2Fal-ehsaniah.blogspot.com&layout=standard&show_faces=false&width=450&action=like&colorscheme=light&height=35


  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: